Lucentio memicit ruang antara dua kening. “Bagaimana nak aku turutkan, Aya? Pertama, ia menyalahi undang-undang. Merujuk Abortion Act 1967, di Britain dan wilayah-wilayah kekuasaannya, kandungan berusia 24 minggu ke bawah hanya boleh digugurkan atas sebab-musabab perubatan yang kukuh. Misalannya, melahirkan bayi itu akan memberi kesan fizikal dan mental yang buruk kepada si ibu, atau terdapat kecacatan kekal pada fetus yang akan menjejaskan kualiti hidupnya kelak. Itu pun, hanya setelah dua orang doktor bertauliah mengesahkan. Dan kedua, ia bertentangan dengan prinsipku sendiri. Sebagai doktor, atau setepatnya bakal doktor, aku amat menghormati kehidupan. Meskipun di dalam rahim Soleil itu masih zigot, atau apa tu menurut Ayat 14 dari Surah Al Mukminuun, hanyalah segumpal darah atau alaqah yang seakan lintah melekat di dinding uterus, belum ditiupkan roh atau diberikan nyawa – ia tetap anugerah Tuhan. Bukan kita sesama manusia ini yang layak menafikan peluangnya dilahirkan ke dunia.”
- Di Bawah Langit Manchester
Rebecca Ilham
Rebecca Ilham
Dewan Siswa, Januari 2008
Pasca Presiden Obama memansuhkan sekatan ke atas dana antarabangsa untuk membiayai abortion di luar Amerika, saya serentak teringatkan cerpen ini. Secara peribadi, saya seorang pro-life, tetapi saya juga percaya manusia perlu punya kebebasan memilih.Tetapi setiap pilihan berbendung pelbagai aspek: kemanusiaan, undang-undang, budaya dan tentunya agama. Oleh itu, pilihlah dengan bijak!
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment