San Francisco menyambut dengan langit kusam dan awan kelabu yang memberat. Sebaik gerabak BART dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco tiba di Powell Street dan saya memulakan pencarian tempat penginapan yang arahnya 2 blok ke utara Powell, belok ke kiri O'Farrell, berjalan dua blok lagi dan belok pula ke kanan Mason, hujan menggeluyur. Mujur, meski sekadar gamble tanpa ketahuan utara selatan timur atau barat, saya tiba juga ke Hostelling International Downtown San Francisco yang hanya satu blok berjalan kaki dari Union Square. Lokasi strategik, terutama buat para shopaholic (ehem, Ain dan Khairina? Sini macam New York, ok?)
Saya punya sejarah love-hate relationship yang panjang dengan aktiviti beli-belah dan kini, emosi hate itu mendominasi. Soalan pertama saya kepada gadis petugas meja hadapan adalah lokasi kedai-kedai buku terpakai. Saya hanya membawa naskhah drama tragedi Yunani karangan Euripides, Medea yang diselesaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver lagi dan naskhah kulit keras Beat the Reaper karya doktor perubatan Josh Bazell yang gagal dimuatkan dalam sling bag kecil yang saya kelek ke sana ke mari sebagai bekal. Maka, saya memerlukan sebuah buku bersaiz piawai mass paperback dan The Princess Bride, sebuah novel sai-fai fantasi menjadi idaman saya.
Gadis petugas meja depan mencadangkan Mission Street dan dengan menaiki BART lagi, saya ke sana. Turun di 16th Mission, saya berjalan 8 blok sepanjang Valencia Street yang ketara pengaruh bohemi. Ia juga merupakan antara 'the sketchiest area' di San Francisco. Argh, faham-faham sahajalah. Kawasan bohemi sememangnya begitu, berdasarkan pengalaman saya di SoHo New York, Grassmarket Edinburgh, Deansgate Manchester, Camden London dan South Broadway Denver.
Namun, pencarian di beberapa buah kedai buku terpakai (salah sebuahnya bernama Dog-Eared Books, aduh, saya suka sekali dengan nama-nama yang kreatif sebegini!) gagal menemukan buku idaman. Saya kemudiannya menaiki BART lagi ke stesen Civic Center/U.N Plaza untuk mencari lokasi Orpheum Theater bagi melangsaikan keinginan menonton pementasan muzikal Wicked. Sayang, saya lupa alamat tepatnya maka hajat terpaksa ditangguh. Saya kembali ke Powell Street dengan berjalan kaki (ponteng larian rutin 5K, tetapi kalori masih perlu dibakar!), makan malam serta sekadar meladeni sekitar Market Street dan Union Square yang dibanjiri gedung-gedung mewah dan berjenama sebelum kembali ke tempat penginapan.
Kebetulan, tiga rakan sebilik saya juga baru pulang. Simone, Christine dan Kris berasal dari Jerman tetapi sudah empat bulan bekerja sebagai au pair di Maine. Mereka dalam misi menjelajah pantai barat Amerika, bermula dari SF ke Los Angeles sebelum terus ke Las Vegas.
Esok saya akan menaiki kereta kabel ke Fisherman's Wharf, inshaallah. Zach dan Dana telah menyediakan satu senarai panjang tentang perkara-perkara yang harus dilakukan di SF dan saya sangat-sangat menghargai!
Syair Ulasan Buku "Bijak Si Katak Bijak"
6 hours ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment