Saya tinggal di J-Hoppers empat malam semuanya, tiga malam di Osaka, semalaman di Hiroshima. Oleh itu, saya jadi akrab dengan staf di Osaka seperti Nori yang mula-mula menyambut, Pascal yang bertugas malam, Fumi yang sepenuh masa di hostel serta Ken dan Sawako yang bekerja siang.
Tatkala saya meninggalkan hostel pada pagi 22 Mei, Fumi berkeras mahu menghantar saya hingga ke stesen Fukushima (dua minit sahaja berjalan kaki sebenarnya), sementara Ken dan Sawako pula meninggalkan meja resepsi seketika to see me off at the door.
Saya tersentuh dengan layanan luar biasa hangat mereka kerana dua tahun di Amerika (dan pernah sebulan di England dan Scotland dalam tempoh itu), meski pun dilayan baik, saya tidak dapat merasakan kemesraan luar biasa yang dirasakan sepanjang menginap di situ. Saya sempat menitip pesan agar mereka menghubungi saya andai berkunjung ke Malaysia di samping saya juga berjanji untuk merekomendasi hostel berkenaan kepada teman-teman yang akan ke Jepun dan akan menginap di sana lagi jikalau murah rezeki dapat terbang ke Kansai lagi!
Untuk memastikan hubungan itu kekal terjalin, saya telah mengutus emel di bawah kepada petugas J-Hoppers Osaka:
| ||||||||||||||||||||||||||||||
My name is Hazwani and I'm from Malaysia. I stopped by Osaka on my way back from the US to Malaysia and had stayed in Osaka J-Hoppers for 3 nights.
Simply said, I love your place. It's not just a place to stay where people come in and out and mind their own business, but it's also a hub of world travelers where exchanges of views and ideas take place. I had an amazing time knowing and having great conversations with the staff and other guests while I was there. So I would say, keep it up, and I will definitely recommend Osaka J-Hoppers to my friends. I would love to go back someday, too.
And if any of you find yourself in Malaysia, let me know. I would love to treat any or all of you to Malaysian delicacies and give you a taste of Malaysian hospitality!
- Hazwani.
Sejam kemudian saya menerima balasan ini daripada Sawako:
|
| |||||||||||||||||||||||||||||
Thank you very much for your lovely email!!
Yes I remember you well and it was awesome to hear from you like this.
We all enjoyed sharing a lot of time with you, Hazwani.
I got to like your attitude, atmosphere, lovely smile and the way you wore a scarf around your head, of course!
I even wished I could have talked with you more.
We all look forward to seeing you again!
And yes, please show me around when I come to your country, Malaysia.
Many thanks, Hazwani!
Sincerely,
J-Hoppers Osaka Central
Reception (Sawako Miyagawa)
****************************************
J-Hoppers Osaka Central
4-22, Fukushima 7chome, Fukushima-ku,
Osaka-shi, JPN (Post Code : 553-0003)
TEL/FAX +81-(0)6-6453-6669
Website:http://osaka.j-hoppers.com
E-mail:osaka@j-hoppers.com
J-Hoppers sebetulnya merupakan rangkaian backpackers hostel di barat Pulau Honshu. Ia mempunyai cawangan di Osaka, Kyoto, Hiroshima dan Takayama. Semua staf J-Hoppers boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik dan saya kira ini merupakan faktor utama mengapa ramai pengembara asing pelbagai bangsa (sama ada boleh berbahasa Inggeris dengan baik atau tidak perkara kedua!) menginap di tempat ini. Ia sudah jadi seakan hub di mana para pengembara yang tidak berbelanjawan besar berkumpul, berkongsi dan bertukar-tukar cerita serta menjadi kenalan. Highly recommended, mengembaralah!
Nota: Amalan menghantar thank you notes begini adalah kelaziman yang sudah jadi kewajipan di Amerika. Apa salahnya mengambil yang baik-baik, bukan?

















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment