Jun 2, 2009

Anekdot dari Jepun IV: Menulislah di Mana-mana!

Tatkala menikmati calamari okonomiyaki di Emi, Fukushima.


Seusai mengunggis donut bersalut kelapa parut di Mister Donut, Soemon Cho.


Salah satu kegemaran saya adalah mengusung buku catatan kerja kreatif ke mana-mana meski pun sebetulnya saya jarang menulis di luar lingkungan selesa (baca: kamar peribadi dan kafe-kafe lazim dikerapi). Tetapi saya gagahkan juga membawa ia kerana tidak rela andai ilham mampir saya tiada alat tulis untuk merakam idea yang terlintas.

Di Jepun yang mengasyikkan, kebiasaan ini terbukti tidak membebankan!

2 komentar:

Acinetobaxter said...

salam...saya juga begitu. Ingin menulis tapi x de kertas dan pen. Skrg sy menggunakan PDA phone. Lebih mudah dan tersusun.

ILHAM HAMDANI said...

Bertuahnya kamu Becky!

Rindu sungguh nak balik ke Jepun, bilakah ada rezeki?

Menunggu cerpen Jepunmu..:)