Jun 4, 2009

Delima Ranting Senja: Definisi Sebenar Novel Islami?

Di kanan itu Delima Ranting Senja. Foto diambil dari laman Prof Siti Zainon Ismail.


Saya sedang menguliti novel Delima Ranting Senja karya luar biasa enak nukilan Prof Siti Zainon Ismail. Novel ini berkisar tentang perjuangan sepasang suami isteri, AbyRedha dan Sofina membela agama dan bangsa melalui bidang masing-masing. Si suami seorang politikus sementara sang isteri seorang pengamal media. Mereka sering dipisahkan jarak dan kadang-kala hanya bertemu lewat seminar-seminar luar negara. Indah sekali kisah cinta mereka kerana fokus keduanya bukan sekadar terhad pada lingkungan dekat, tetapi tertebar meliputi lingkungan jauh dan pengembaraan mencari leluhur.

Sebuah karya yang perlu dibaca dan dihadam sepenuhnya. Secara peribadi, saya berpendapat inilah definisi NOVEL ISLAMI yang sebenar, yang tidak disempitkan keluh-kesah ustaz/ustazah yang memengkalkan.

7 komentar:

Nisah Haji Haron said...

"...saya berpendapat inilah definisi NOVEL ISLAMI yang sebenar, yang tidak disempitkan keluh-kesah ustaz/ustazah yang memengkalkan."

I like that!

SITI ZAINON ISMAIL said...

Terimakasih Haz (saya senang nama ini), saya ragu juga dapatkan pembaca menerima lingkaran beragam kesah Nusantara. Kerana saya memegang konssep Dunia Melayu yang luas, tidak ada batas politik. Cuma sedih beberapa watak pejuang banyak yang telah almarhum. Akhir Julai ini, novel ini dilancarkan di Birueuen (dalam teks saya tulis Birueuna), dilancar sendiri oleh watak ratabna (Do Raman)...beliau sekarang sudah menjadi bupati Birueun setelah dicekam dalam pencara selama 8 tahun....youuk ikut ke Birueuen

Anonymous said...

Kalau pun novel Islami sekarang sarat keluh-kesah ustaz dan ustazah, jadi mengapa?

Bayangkan begini,
"Sejenis makanan yang perlu dimakan dan dihadam sepenuhnya. Secara peribadi, saya berpendapat inilah definasi makanan Islam yang sebenar, yang tidak disempitkan dengan kari, santan, dan timun."

Namun tetap sahaja orang yang memakannya dengan ucap Bismillah, perutnya kenyang, tumbuh menjadi Muslim yang taat dan hatinya merindui Tuhan.

Novel cinta Islami sekarang juga sama.

Jelas selagi ia bacaan yang mendekatkan kita kepada Tuhan, ia tetap Islami.

Saya cadangkan, tidak perlu melebel, cukup sedar menyaran dan mencadang.

-Pemuda kacak dari mana pun kamu suka-

Fizahanid said...

Becky, akak belum baca novel ini tetapi review ringkas awak menarik sekali dan tak sabar mau beli.
Siti zainon ismail selalu menghidangkan karya yg 'lembut' dan romantis sekurang2nya utk akak :D mcm Pulau Renik Ungu & kump cerpen Setitis Embun Sehelai Daun .. luv it so much.

fadli akiti said...

mohon analisa lagi kenapa saya perlu baca novel ni, boleh??

Qalbun Jadid said...

sudah baik.. dan bertambah baik kalau tak terhenti setakat amal sekadar yang diketahui.

hum.. saya yang cetek ilmu dan pengalaman.

zahra liyana said...

saya setuju dengan comment -pemuda kacak dari mana pun kamu suka-

saya rasa awak menafsir kan sebegitu kerana ia selari dengan cara awak? seorang aktivis yang aktif? tapi xsemua begitu. kalau nak ditafsir kan itulah konsep islami sebenar, maka sebenarnya 1% sahaja umat manusia di malaysia yang bercinta secara islami? kerana hanya 1% sahaja mungkin yang bekerja sedemikian yang memerlukan bercinta sehingga seluruh pelusuk dunia.. 1% itupun sudah kira cukup banyak mungkin. kesian yang lain.. walaupun mereka ahli jemaah, ahli sufi, tidak islami rupanya mereka... huhu