
“Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”
Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.
Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera di ruang mata. Rodrigo Diaz tunduk membetulkan kemasan beg sandang belakang yang terbuka. Udara sejuk menampar-nampar hujung ikatan ekor kuda dari bawah topi tebal khusus untuk perlindungan cuaca ekstrem. Tampuk salju di kemuncak Sierra Morena masih berbaki beberapa ribu kaki ketinggian namun aura keangkuhan seorang lelaki Sepanyol Katolik seumpama denyutan dendam yang tidak terpadamkan.
- Fajar Sidik di Sierra Morena
Oleh Rebecca Ilham
Sastera.net Edisi 7
Cerpen ini merupakan salah satu karya yang dihasilkan semasa cuti musim panas tahun 2008 ketika saya bersendirian menumpang pangsapuri seorang teman sepengajian yang pulang ke Malaysia. Ia disudahkan sebelum Senja-Senja Brasilia (Mingguan Malaysia, 27 Mei 2008), tetapi rezekinya sedikit tertangguh - ia hanya tersiar selepas lebih semusim, setelah saya menyahut panggilan menghantar karya untuk dinilai bagi penerbitan kepada pihak editorial eSastera.com.Oleh Rebecca Ilham
Sastera.net Edisi 7
Syukur setinggi-tingginya kepada Tuhan yang Maha Pemurah kerana tahun 2009 adalah tahun rezeki. Saya tidak seprolifik berkarya seperti zaman mahasiswa namun karya-karya 'lama' telah mendapat tempat di media; dimulai dengan Jus Soli Jus Sanguinis (Tunas Cipta, November 2009), kini Fajar Sidik di Sierra Morena (Sastera.net Edisi 7) dan mungkinkah..? Inshaallah persoalan ini akan terjawab tidak berapa lama lagi :)
Apalagi, dapatkan Sastera.net Edisi 7 dari Kedai eSastera!
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





1 komentar:
salam...
salam ziarah :)
moga terus cemerlang dalam hidup..i'Allah...
Post a Comment