Empat Malam Tahun Baru Yang Lalu
Di Washington DC, menghabiskan cuti musim sejuk (dan duit biasiswa) di ibu kota pentadbiran Amerika. Siangnya menggelinjang Washington Monument, War Memorial, White House, Smithsonian dan beberapa muzium lain. Pada hari tahun baru menaiki bas ke New York City. Tiga hari di sana.
Tiga Malam Tahun Baru Yang Lalu
Siangnya di Manchester, meraikan Aidiladha di sana. Petang menaiki kereta api ke Leicester, namun kenduri dijanjikan ditangguh ke lain hari. Seusai Maighrib berkereta api lagi - ke St Pancras International yang berjiran dengan King's Cross. Gerun menyaksikan khalayak mabuk-mabuk mengusung botol arak di jalanan sambil menunggu rakan menjemput di perhentian. Esoknya menggelinjang London habis-habisan. Berjalan kaki sehari suntuk dari London Bridge ke Tower Bridge ke Trafalgar Square ke Bond Street ke Hyde Park ke Marble Arch dan lain-lain. Sangat puas.
Dua Malam Tahun Baru Yang Lalu
Di Manchester, siangnya dihabiskan dengan bermalas-malas di rumah teman yang menumpangkan kerana malamnya telah berjanji dengan beberapa rakan yang lain untuk menonton The Kite Runner di Deansgate. Hampir terlewat kerana terlepas bas sehingga terpaksa memecut dari perhentian di hadapan Manchester Library ke pawagam. Wayang usai sebelum tengah malam, segera pulang sebelum terperangkap dalam khalayak kegilaan sementelah St Albert's Square lokasi meraikan tahun baru dengan budaya hedonisme. Menyinggahi sebuah kedai fish and chips di Rusholme untuk membawa sedikit snek pulang, tergamam sejenak apabila tuan punya masih ingat kunjungan ke premisnya semusim yang lalu. Bunga api meletus tatkala senang enak mencicip kentang goreng bersiram cuka dan kuah kari sambil menonton Vendetta bersama Hanee.
Satu Malam Tahun Baru Yang Lalu
Hajat asal untuk ke Denver kerana sejak di luar negara belum pernah meraikan tahun baru di Colorado. Namun perang di Gaza sedang menggila, maka tenang di rumah sahaja. Sambil meneliti tafsir Al-Quran pada Surah Al-Israa' yang menghuraikan segalanya tentang bangsa Yahudi, sempat juga menonton Anderson Cooper dan pasangannya seorang pelawak wanita mengacarakan rancangan countdown tahun baru dari Times Square, New York di saluran ABC.
Malam Tahun Baru Yang Ini
Di Kuala Lumpur :)
Filem tentang Penulis, Buku, Sastera dsb.
2 days ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment