Grafik dari Berita Harian(Saya terlalu suka imej grafik ini. Ya, seorang muslimah juga mampu menggegar dunia!)
“Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.”
Alhamdulillah, setelah hampir setengah musim tanpa karya di media, akhirnya cerpen "Perca-Perca Cinta Untuk Palestina" memecah kebuntuan itu.
Proses kreatif cerpen ini tercetus apakala saya mengisytiharkan resolusi peribadi untuk mengenakan kaffiyeh sebagai tudung setiap hari. Maka saya terfikir, bagaimana jika ditelusuri jiwa seorang pemudi (watak utama saya mesti perempuan kerana saya seorang feminis!) yang teraniaya oleh peraturan duniawi yang dipolitikkan semata-mata kerana menggunakan platform kebebasan bersuara untuk menyatakan solidariti terhadap saudara-saudara di Palestina?
Pembacaan berterusan tentang perkembangan terbaru di Palestin menimbulkan kejelekan terhadap Majlis Keselamatan PBB dan kebaculan organisasi itu, atau setepatnya manipulasi kuasa veto oleh Amerika Syarikat sebagai salah satu ahli tetap, untuk mengekang kezaliman kerajaan haram Israel saya hubungkan dengan struktur Bangunan Sekretariat PBB di pinggir East River, New York. Bak kata Wafeya, selari tetapi disanggah pula Babanya, Isham sebagai ironik.
Saya sangat enjoy menulis cerpen ini meski banyak kali bertukar lokasi: dari kamar peribadi ke coffeehouse selama berjam-jam ke pusat rekreasi seharian dan lain-lain, argh, namun tatkala noktah terakhir menamatkan cerita, kepuasan membara!
Selamat menikmati!
P.S Kafeteria menghidangkan Manhattan clam chowder hari ini dan itulah makan tengah hari dan malam saya!
-Wafeya Mustafa

![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)