Anekdot dari Jepun II: Shinkansen Yang Mengagumkan

Dari Osaka, saya ke Himeji menggunakan kereta api biasa JR Sanyo Line (itu pun dah standard ERL...). Untuk ke Hiroshima, saya naik shinkansen. Kebetulan, shinkansen terawal adalah Nozomi (Siri N700 yang paling pantas!).


Inside the non-reserved, non-smoking car of Shinkansen Nozomi.


Pemandangan dari dalam shinkansen yang sedang memecut dengan kelajuan 300km/j!


Shinkansen Nozomi di platform Stesen Hiroshima. Bukan saya seorang yang teruja merakam gambar!


N700, pengangkutan darat terpantas di dunia.


Krew kabin shinkansen yang santun dan lemah-lembut.


Semasa pulang ke Osaka (via Himeji) keesokan harinya, saya menaiki Shinkansen Hikari pula. Tiada jauh beza masa perjalanan Himeji-Hiroshima dan vice versa kedua-dua kereta api ini, melainkan beberapa minit sahaja. Bab menepati masa usah cakaplah!

Membaca Tanpa Sempadan Masa

Sebagai pembaca dan pembeli buku sepenuh masa (baca: tidak bermusim), pesta buku dan pameran buku kurang mengghairahkan saya. Namun, dek lama tidak bersesak-sesak memilih buku, saya memanjangkan juga langkah ke Read Malaysia 2009 yang sedang berlangsung di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan.

Saya sering membeli buku, jadi kebanyakan buku yang dijual sudah saya miliki. Saya kini tidak lagi seperti dahulu, gila membeli-belah buku yang akhirnya banyak mengumpul habuk menunggu giliran untuk dibaca sedang saya akan membeli dan membeli lagi buku lain di kedai-kedai buku andai berkenan. Lalu, melainkan senaskhah Fitrah Kimiawi (Dr Rahmat Haroun Hashim) dan buku baru buah tangan Bonda Prof Siti Zainon Ismail berjudul Delima Ranting Senja, saya tidak membeli yang lain.

*Ahad lalu saya membeli dua, Selasa pula di DBP saya beli Panggil Aku Melaju (juga karya Dr Rahmat) dan A Young Muslim's Guide to the Modern World (Syed Hossien Nasr) sementara saya minta Kak Nisah membawakan senaskhah Ketupat Cinta [Musim Pertama] yang kini hampir habis enak dianyam. Semalam, Odisi Bulan Biru kiriman John Norafizan tiba dari Johor Bahru*

Malas, kerana cara pembacaan saya juga harus ikut mood. Saya sangkakan tabiat ini pelik dan abnormal, sehinggalah Craig, pemilik kedai buku kecil Clear Creek Books di Golden menyatakan itu bukan suatu keganjilan. "Ada masa-masa tertentu, engkau akan kepingin membaca sesuatu yang mungkin pada masa sebelumnya tidak engkau pandang pun," katanya apabila saya mengadu tentang Water for Elephants (Sara Gruen) dan The Emperor's Children (Claire Messud) yang sudah hampir dua tahun dimiliki tetapi masih gagal disudahkan.

Ya, membaca pada saya bukan sekadar main capai buku sahaja, tetapi perlu ada mindset dan ketika yang bekerjasama juga.

Oleh itu, pesta buku barangkali bukan untuk pembaca dan pembeli buku sepenuh masa seperti saya. Argh, mengapa perlu ada sempadan masa dan ketika untuk berbelanja demi ilmu?

Anekdot dari Jepun I: Melaka, di Muzium Maritim Osaka



Foto-foto dari pameran Sejarah Maritim Awal Jepun di Osaka Maritime Museum, Osaka Bay, Osaka, Jepun.


Daripada brosur berbahasa Inggeris yang dibekalkan untuk pelawat-pelawat "buta" bahasa Jepun seperti saya, Melaka disenaraikan sebagai salah satu pelabuhan awal yang penting di rantau Asia, sebaris bersama Goa dan Kalikat.

Garis-Garis Deja Vu: A Refreshing Twist in Malay Novel

Photo from Jemari Seni's website


I went to Sogo for a short shopping trip for a pair of shoes (peep-toed black pumps, woot!) and a purse (which according to my cousin is "Macam handbag mak budak" because I like huge purses that I could fit at least a thick trade paperback novel in) and stopped by Pustaka Minerva to satiate my craving for Malay books.

I bought two because I still have to finish Netherland (the last book I bought in the US): Zahrah de Tigris (Zahrah of Tigris) by Khairyn Othman and Garis-Garis Deja Vu (Lines of Dreams) by John Norafizan.

I have had interesting conversations with both Khairyn and John online. Khairyn was a journalist for a Malaysian news agency and has been to many places and seen many things while John is an engineer who was trained in Manchester, England. When I think of Khairyn, I remember Geraldine Brooks who wrote Nine Parts of Desire: The Hidden World of Muslim Women and People of the Book but after hearing about John' latest work - Odisi Bulan Biru (The Blue Moon Odyssey) - that he promised to mail to me, I opted to read Garis-Garis Deja Vu (after this will be referred to as Garis) first.

I could not say that it was the wisest decision ever because I haven't finish Zahrah de Tigris yet but I must say that Garis was exceptional in concept and execution, even though the technical literary aspect was a little but disappointing in my humble opinion.

The novel revolves around dreams, and the intertwines of quests (yes, quests) for love between its many characters. What I like the most about it is how John creates so many characters and so many stories but they all fall into places at the end. Even better, I couldn't even guess the connections as John writes each chapter as if they are not related at all. The suspense kept me going, and I finally finished the book a little over 24 hours after acquiring it in Kinokuniya KLCC.

After finishing the book, I am glad to say that I didn't remember the love stories but instead the motivations behind each love story. Rumi's poetries were used as metaphors a lot to the point that they become so equivocally romantic to see how Ashraf and Nini fell in love because a book of poetry in a bookstore. I myself could see this scene very clearly in my mind as I had imagined my own characters fighting over a rare edition of Shakespeare's Hamlet in Shakespeare's and Co in Paris that ended up with them having dinner and argue more about things that matter.

I love Garis so much and now am looking forward to read Odisi Bulan Biru, which according to John is already in the mail. Woot!

Kembara di Jepun

Osaka Maritime Museum, Osaka Bay, Osaka.


Himeji Castle, Himeji.


Near Kiyomizutera, Kyoto.


Peace Memorial Park, Hiroshima.



Cerita-cerita kembara di Jepun di laman Facebook.

Nostalgia Penghujung Perkelanaan III: Kurang 24 Jam di Amerika

Di seberang jalan adalah kedai buku kegemaran saya: Tattered Cover at LoDo Denver!


Di dalam Tattered Cover.

Nostalgia Penghujung Perkelanaan II

Indar


Khairina dan Ain


Judy Lee-Paez


Alyda Morosco


Terry Snyder


Leslie Olsen


Para staf Weaver Towers 2008/2009. Antara Debi, dan Blake (teman sekelas dan se-jabatan serta se-kerja) serta Dana yang berjanji akan melancong ke Malaysia suatu hari kelak. Tidak lupa BJ, Best HD Ever (yang menemankan saya di ER selama 5 jam sehingga 3 pagi!) dan Lee yang pernah mengajarkan kami teknik-teknik mempertahankan diri (the Coast Guard way).


Saya tidak mahir mengucapkan permisi dan mengendalikan emosi menjelang perpisahan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk pulang ke tanah air kurang seminggu selepas rasmi menamatkan pengajian. Selang masa antara tarikh penerbangan dan majlis graduasi akan terisi oleh aktiviti-aktivit berpindah keluar maka saya tidak akan punya jeda untuk bermelankoli.

Namun, hati saya tetap tersentuh apabila emak angkat, Judy, bersusah-payah menangguhkan pembedahan yang perlu dijalani semata-mata untuk menghadiri majlis graduasi, dan mengatur pula janji temu untuk kami makan tengah hari buat kali terakhir.

Blake pula sudah berpindah keluar dari Weaver Towers, tetapi apabila saya menghantar pesanan teks melahirkan hasrat untuk berjumpa buat kali terakhir sebelum berangkat pulang, dia sanggup memandu selama 40 minit dari rumah keluarga untuk bertemu muka selama 10 minit. Aduh, indahnya persahabatan, bukan?

Indar membelanja makan tengah hari, dan sempat pula mengemaskinikan saya tentang perkembangan tesisnya. Indar merupakan antara orang-orang pertama di kampus yang saya kenali sewaktu hari pertama menjejakkan kaki ke Colorado, maka hubungan itu tentunya terlalu signifikan pada saya. Dia berjanji akan mengunjungi Malaysia meski terlalu benci terbang berbelas-belas jam dan menjanjikan saya penginapan di rumah keluarganya di Trinidad dan Tobago bila-bila masa saya berkunjung ke sana.

Ain sebaik usai kelas terakhir semester musim bunga ini di kampusnya pula berusah-payah memandu ke Golden, membantu saya memenuhkan sebuah kotak dengan barang-barang belum berpek sebelum membawa saya meronda-ronda panorama downtown Denver pada waktu malam buat kali terakhir. Argh, bisakah saya lepas bebas selepas Maghrib di kota libur Kuala Lumpur selepas ini? Kami kemudiannya melepak hampir dua jam di Denny's, dilayan pramusaji kegemaran, Nick, yang sudah hafal minuman kesukaan.

Craig, pemilik Clear Creek Books, tatkala saya ke premisnya untuk mengucapkan selamat tinggal berpesan agar saya mengirimkan emel secara berkala. "Update me about the real world," guraunya. "All the best," titip saya pula, merujuk situasi kewangan kedai buku indie yang pernah hampir ditutup sahaja awal Januari lalu.

Petugas di Borders, Colorado Mills yang seringkali bertukar-tukar pendapat, pemilik The Alley yang pernah memasakkan saya sup sayur khas kerana menunya hari itu semuanya berdaging, para barista di Higher Grounds Cafe yang tidak perlu lagi saya nyatakan saiz dan blend kopi kesukaan, Jen yang tidak pernah gagal membuatkan saya tertawa besar dengan jenaka seriusnya, Alyda yang tidak jemu-jemu menjadi tiang sokongan sejak hari pertama, Terry yang lebih daripada sekadar kakitangan sokongan di jabatan tetapi sudah sebahagian daripada keluarga, Debi yang terlalu mengambil berat, teman-teman Residence Life yang menghiburkan...argh senarai manusia-manusia yang menjadikan empat tahun ini musim-musim terindah terlalu panjang untuk diperincikan satu-persatu.

Esok, hari terakhir di Colorado, saya akan makan tengah hari dengan dua lagi daripada tiga insan istimewa di Colorado: Kak Shahreen dan Kak Amyna (serta Ain yang menawarkan diri untuk bangun awal pagi dan menghantar saya ke lapangan terbang).

Kalian terlalu berharga!

Nostalgia Penghujung Perkelanaan I

Saya hanya 'menikmati' graduasi sepanjang Jumaat (melarat ke awal pagi Sabtu). Menjelang Sabtu, fikiran kembali terisi dengan pelbagai urusan yang dituntut dilangsaikan sebelum berlepas pulang. Malam Sabtu selepas memunggah segala barang, saya tertidur di atas katil di dalam kamar kecil di kolej kediaman selepas Subuh (jam 4.45 pagi Ahad) dikelilingi pelbagai khazanah yang berserakan.

Malam ini (Ahad), juga tidak banyak berbeza melainkan kebanyakan buku sudah kemas dipek ke dalam kotak. Saya kehabisan packaging tape maka perlu menunggu siang untuk mendapatkan gulungan baru. Banyak kenangan yang terpaksa saya bakulsampahkan; suatu kompromi kerana saya tidak mampu mengangkut semua bersama. Inilah natijahnya menjadi manusia hoarder, terlalu bersentimental dan bernostalgia sehingga surat khabar The Independent yang saya ambil di kota London lebih 2 tahun lalu pun masih dalam simpanan!

Namun satu yang tidak sanggup saya berkompromi adalah himpunan buku cenderamata pementasan teater dan muzikal yang pernah saya hadiri sepanjang 4 tahun di perantauan. Tanda memori unik itu saya tekalkan untuk dibawa pulang kerana kebanyakannya ditemani pula kepilan Inside Out yang mengupas setiap pementasan dari aspek sejarah, sosial dan politik secara rinci.

4 tahun secara zahir di'kotak'kan, namun pengalaman berharga ini terlalu perdana untuk diempang kiub-kiub kadbod aneka dimensi!

The Morning of the Commencement

Officially a Mines Alum!


In the middle is Arthur, a good friend who is also my lifeline whenever I needed help with homework. He graduated summa cum laude (the perfect 4.0 - straight A's for all 8 semesters), is the recipient of the PE Department Ethical Award and the Outstanding International Student for Class of 2009. On the right is Toy, he graduated magna cum laude.



Mahfudz who won the Outstanding Graduating Senior in PE Award for Class of 2009. Another good friend whose friendship I really value.

The Malaysians pretty much dominated the PE Department this year. There were 20 of us, and ~ 80% graduated cum lauda and above. Woot!


I couldn't think of a more blissful and blessed day to graduate from college than Friday, the leader of all the other days. Praises to God and not enough thank you's to my beloved Mak and Ayah because due to His blessings and their continuous supports and prayers, I am where I am today.

I am graduating magna cum laude with a Bachelor of Science in Petroleum Engineering (major) and a minor in Economics and Business. Alhamdulillah.

Penghujung dan Permulaan

Ke majlis resepsi dan bankuet malam ini.



Ke majlis graduasi esok pagi.


Tuhan, terima kasih atas kurniaan. Selepas empat tahun berhempas-pulas dan diduga pula pada minggu terakhir, akhirnya cita-cita yang disemai dan dibaja sedari anak-anak untuk mendapatkan segulung ijazah luar negara terlaksana!

Penyair?




You Should Be A Poet



You craft words well, in creative and unexpected ways.

And you have a great talent for evoking beautiful imagery...

Or describing the most intense heartbreak ever.

You're already naturally a poet, even if you've never written a poem.

I Have No Regret...







...being an RA when I think of things like this and not incidents like the HD set his room on fire at 1 o'clock in the morning when I was on duty.

I Might Not Be An Islamic Writer...

It's bittersweet for sure. As I sat on my work chair, studying for the last final exam as an undergraduate that I CHOSE to take, I couldn't help reminiscing that it was (almost) exactly two years ago, I was studying for my Mechanics of Materials final when I started Langit Lazuardi (LL) that two weeks later became the my first published short story.

LL is definitely not the best piece that I've penned down. It doesn't define who I am as a writer, even. But it was one of the first short stories that paved my path to write seriously. It's a love story, and it's not- just like most stories that would follow. And it's certainly not Islamic, has no discourse and was written purely based on human emotions.

Since I mentioned Islamic-inspired literature, I just might as well talk about it a little bit. I've been critiqued a few times for being "not very Islamic." For instance, I always have a female and a male characters (bukan muhrim and not married), engaging in infused intellectual discussions somewhere, sometimes in places where there is no third person present (except for the devil of course..).

And I have had my female characters wearing "kebaya pendek dan kain batik Jawa belah selisih." Not to mention "bertatapan," "mencerlung anak mata" and "hati berdetak laju tatkala dia tersenyum menggoda begitu."

I'm not going to lie. Growing up, I despised sekolah aliran agama and tudung labuh. But somehow, I loved the fardhu 'ain classes that were made compulsory after school by Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan back then.

That was probably the start of my personal principles. Not going to religious school, not wearing tudung labuh and not memorizing the verses of The Qur'an at the tip of my tongue do not make me any less than others who do. There was time when I felt inadequate, but I realized that most "religious" people are pretty much bertaklid buta and suffer from sindrom muntahan otak anyway, and can't really explain the practicality of Islam very well.

Being abroad, where I am judged from my scarf, made me more aware of the dire need to be able to explain the practicality of Islam to the non-believers. Islam is perfect, we Muslims, all know that. But how well are we doing the necessary work to convey that? Another thing, it is also important to distinguish between "what Islam is" and "what one chooses to do." It avoids confusion, and misconceptions. Trust me.

I have a friend who finally confessed that he's been asking me about Islam just to see how strong my conviction is to my faith. He did this deliberately of course, and at first I thought he was interested in Islam. Apparently, he was just being a "silent" missionary. Thank God for guidance and unwavering faith...

He doesn't care about the verses in the Qur'an because he doesn' know Arabic and he doesn't believe in our Holy Book. Oh yes, berdakwah is NOT restricted in the comfortable cocoon of lingkungan usrah sahaja, ok? Welcome to the real world.

So what's a girl to do?

This brings us back about the practicality of Islam. He's a man of logic and science (in other words: a nerd who happens to be an engineer), so instead of just quoting the verses from the Qur'an, I would accompany that with practical analogies and explanations. It's not that hard, honestly, especially when you've been grilled to the roots, you'll be surprised at how much knowledge you retained from those fardhu 'ain classes 15, 16 years ago...

That is also how I write. Islam is practical to me, and that is the message that I want to convey. Islamic-inspired literature shouldn't be about love only (here comes the argument about love to God, I do not deny that but keep on reading...) but most importantly about substance and knowledge. I don't know about you, but for me there is nothing more romantic than a couple intellectually arguing about the Theory of Evolution over cups of coffee and cranberry juice in their quest for knowledge (read my short story Mencari Tuhan di Celahan Cambrian) than a man and a woman silently obsessing over each other behind closed curtains.*Puke*

Besides, isn't the quest of knowledge is also for seeking keredhaan Tuhan?

Cerpen Kimono Ungu Bersulam Bunga dalam MM Hari Ini!


Salwa mendengus sekali. Bilah hashi antara jari-jemari diketuk-ketuk di atas permukaan meja. Selera yang tumpul terbantut terus. Meski diselindungkan jenaka, Salwa maklum Kenji menjeruk rasa. Jikalau tidak, masakan lelaki itu kekal solo selepas hampir sedekad. Argh, mustahil tiada jururawat genit yang mencuri perhatian, atau cubaan memadankan pasangan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Budaya Melayu dan Jepun meski berbeza leluhur, tetapi praktisnya tetap menyatu!


“Bukan kebebasan, Ken, tetapi keadilan.” Salwa membetulkan, mata jelinya bersinar, nakal dan galak. “Dan bukan semua lelaki, hanya lelaki Jepun.”

Kenji melepaskan bilah hashi ke sisi mangkuk sup miso yang masih penuh, bersedia untuk mengatakan sesuatu tetapi dipangkas kuakan shoji. Dia kurang menyukai sayur-sayuran mentah, maka nimono barangkali dapat menggebukan selera.

“Argh, aku terlupa! Budaya timur, atau budaya Jepun terutamanya berteraskan konsep patriarki cenderung memenangkan lelaki sementara kaum wanita pula dikesampingkan dan ditindas.” Kenji mengujar, semacam mengulang pernyataan panjang dari memori. Salwa memuncungkan bibir.

-Kimono Ungu Bersulam Bunga
oleh Rebecca Ilham
Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009



Baca cerpen penuh di sini.


Alhamdulillah, setelah beberapa lama tanpa karya di media (tidak bermakna diam saya tidak berkarya!), cerpen Kimono Ungu Bersulam Bunga (Kimono) dipilih Penolong Editor untuk mengisi ruang Cerpen akhbar Mingguan Malaysia.

Cerpen ini mengambil masa seminggu untuk disudahkan. Ia tercetus apabila saya tiba-tiba obses dengan budaya Jepun dan perbincangan hangat bersama beberapa teman rapat (lelaki dan wanita) tentang perang gender.

Saya mempunyai matlamat sendiri tatkala menulis Kimono. Secara peribadi, pegangan Salwa tentang feminisme adalah pendirian saya sendiri sebagai wanita Islam dan Melayu. Konservatif, tetapi tidak submisif. Malah bukankah Islam itu sendiri bermaksud "penyerahan kepada Tuhan" bukannya "penyerahan kepada lelaki"?

Nama watak Salwa adalah bersempena teman "sejiwa" sedari zaman sekolah berasrama di SMS Sultan Mohamad Jiwa. Kedua-duanya keras hati dan melangkau tafsiran stereotaip wanita Melayu anganan setiap lelaki (Melayu yang tidak sempurna pun!). Sementara Kenji Sakaguchi, argh, seorang pelakon Jepun yang mengembalikan obsesi saya terhadap drama-drama dari negara matahari terbit!

Saya juga bertemankan The Scent of Sake, sebuah novel fiksyen sejarah tulisan Joyce Lebra sepanjang menulis Kimono, buku yang sengaja saya beli untuk berendam dalam jiwa budaya Jepun. Kebetulan, The Scent of Sake juga mengangkat tema emansipasi wanita.

Selamat menikmati Kimono, dan titipkanlah pandangan jika sudi. Sastera itu subjektif dan terbuka terhadap pelbagai tafsiran. Cuma pesan saya, hayatilah metafora, ironi dan lain-lain unsur sastera yang cuba saya ketengahkan sebelum melulu menaakul!

Terima kasih!