Karya Berwacana Yang Disisip Elemen Cinta dan Karya Berbumbu Cinta Yang Disendal Ilmu Bantu

Saya pernah (baca: masih) tersinggung dengan pertanyaan seorang penulis sebaya usia dalam arena penulisan apabila dia bersungguh mendapatkan kepastian tentang sebuah cerpen saya. Tanyanya begini:

"Akhirnya, cerpen itu cerpen cinta jua bukan? Kerana di hujung cerita T membawa J bertemu kedua ibu bapanya."

Kepastian itu dipinta di hadapan beberapa teman penulis lain, juga di hadapan seorang penulis-pengkritik-akedemikus sastera terkemuka tanah air. Saya menahan segala macam hujahan, jua nada suara sendiri agar tidak ternaik beberapa oktaf, jauh sekali mula berdebat ala parlimen. Sebaliknya saya memaniskan muka, membalas bahawa saya menerima pendapat itu kerana pembaca mempunyai kebebasan untuk menaakul karya-karya saya mengikut pemahaman mereka sendiri.

Namun hakikatnya pada masa yang sama saya tertanya-tanya: Benarkah karya saya dibaca sepenuhnya oleh rakan penulis ini? Atau setepatnya - fahamkah beliau dengan gagasan yang cuba (dan barangkali gagal dalam konteks pembaca ini) saya ketengahkan? Untuk rekod, cerpen yang diperkatakan menjentik isu sosio-politik penubuhan negara haram Israel.

Sebelum bertekad untuk menulis secara serius kira-kira dua setengah tahun yang lalu, karya-karya awal saya (yang lebih banyak disimpan, disorok untuk bacaan peribadi dan dikritik teman-teman rapat) TIDAK menangkat wacana sebagai tema. Sebaliknya ilmu bantu banyak saya gunakan untuk menulis karya yang kelihatan 'pintar' secara lahiriah, sedangkan secara umumnya ia tidak berbeza daripada lambakan kisah-kisah cinta yang sedia ada. Kononnya, ilmu bantu yang digunakan itu adalah pembaharuan. Tambah pula, saya gemar menggunakan latar luar negara meski belum pun terbang ke Amerika pada masa itu.

Sewaktu mengikuti bengkel maya anjuran GKLN dengan membawa cerpen Seru Ismailia yang ditulis sewaktu berusia 16 tahun, Saudara FT telah menegur gaya penulisan saya itu. Katanya, persoalan cerpen itu tidak tunggal. Saya menulis tentang seorang pejuang intifada Palestin bernama Irwan, tetapi wacana yang menyokong perjuangan Irwan itu telah ditenggelamkan oleh keluh-kesah cintanya bersama seorang gadis Malaysia bernama Tia. Alangkah baiknya, sebut Saudara FT lebih kurang, andai cerpen itu difokuskan kepada isu Palestin sahaja dengan minimum suntikan cinta!

Teguran FT itu sebetulnya selari dengan teguran seorang teman baik yang biarlah saya panggil sebagai Jay sahaja. Jay merupakan pengkritik tetap saya - sejak berusia 12 tahun. Jay mengenali saya sedari zaman saya menulis kisah-kisah fantasi, sehinggalah hari ini. Biarpun kini kami direnggangkan komitmen (Jay seorang guru Bahasa Inggeris di Pulau Langkawi), saya yakin Jay masih mengikuti karya-karya saya. Bukan lagi secara peribadi melalui kiriman emel seperti suatu masa dahulu, tetapi dia pernah kerap memaklumkan tentang karya-karya saya di media sewaktu saya masih di luar negara.

Jay pernah secara halus berkias tentang hasratnya untuk melihat saya mengubah gaya penulisan. Kalimah-kalimahnya halus sekali seperti "Aku rasa cerpen kau tu comellah!" atau "Cerpen itu berbaur chick-lit." Namun setelah beberapa lama, Jay berterus-terang selepas membaca sebuah lagi karya bertema klise. "Haz, engkau mempunyai kelebihan mencipta kejutan di akhir karya. Alangkah baiknya jika kelebihan itu digunakan untuk mengajak pembaca berfikir tentang isu-isu yang lebih perdana."

Teguran itu menyentak keselesaan, tetapi tidak dapat saya nafikan kebenarannya. Hah, diringkaskan cerita, ia menjadikan saya penulis yang anda kenali pada hari ini. Saya tidaklah hendak mendabik dada bahawa saya cerpenis berjaya - saya masih terlalu baru dalam bidang ini. Malah jikalau diteliti karya-karya awal saya masih klise dan 'memalukan diri sendiri apabila dibaca semula.' Namun itulah namanya perkembangan gaya kepengarangan. Saya seringkali diingatkan oleh penulis-penulis mapan yang saya tanggapi sebagai pembimbing dan mentor bahawa kematangan berkarya itu akan dicapai andai seseorang penulis terus istiqamah mengasah pena dan berusaha memperbaiki diri.

Saya pernah 'berhutang' sebuah artikel tentang perbezaan antara karya berwacana yang diselit kisah cinta dan karya berbumbu cinta yang disendal ilmu bantu ~ tulisan ini sepatutnya menjawab kemusykilan itu tetapi barangkali saya kurang berjaya merungkainya secara telus. Tetapi sebagai panduan, ciri utama yang membezakan kedua-dua karya itu mengikut piawaian peribadi saya adalah begini:

1. Persoalan yang menggerakkan plot dari awal sehingga akhir: konflik peribadi watak (a.k.a hubungan cinta) atau permasalahan ummah/negara/sejagat?

2. Peleraian pada akhir cerita: resolusi yang mampu menyelesaikan permasalahan ummah/negara/sejagat atau kesudahan keluh-kesah cinta antara watak?

3. Discourse sepanjang perjalanan plot: permasalahan ummah/negara/sejagat, atau keluh-kesah perhubungan cinta antara watak?

Sebagai rencah, sub-plot ketengangan konflik peribadi antara watak barangkali enak sekali dijalin seiring dengan persoalan tunggal sesebuah karya. Tetapi kita mesti berhati-hati agar fokus diletakkan di tempat sepatutnya. Saya pernah membaca kenyataan seorang penulis novel popular bahawa beliau memuatkan ilmu bantu dalam karyanya dengan menyelitkan kebaikan teh hijau dalam perbualan antara watak hero dan watak heroin. Secara peribadi, saya menanggapi sisipan itu sebagai percubaan untuk kelihatan pintar sahaja, tetapi belum cukup kuat untuk memberi identiti terhadap karya sebagai karya ilmiah. Penulis adalah pemikir, bukan sekadar pembaca dan meluahkan semula sesuatu ke dalam bentuk yang lain.

Inshaallah, dengan berbekalkan tekad untuk mengangkat karya-karya bertema serius (yang disisip elemen cinta sebagai rencah dan sub-konflik antara watak!), saya berdoa agar Tuhan tidak sekali menarik balik anugerah yang telah dikurniakan-Nya ini :) Saya akan terus menulis!

Cerpen FAJAR SIDIK DI SIERRA MORENA dalam Sastera.net Edisi 7



“Tanpa Sierra Morena, barangkali Islam telah tertebar ke seantero Semenanjung Iberia.”

Pernyataan tunggal membawa pengertian bercabang. Jikalau yang melafazkan itu orang lain, Mazlina tidak perlu meragui melankolia yang berlagu. Namun frasa sepatah terluncur antara dua bibir milik Rodrigo Diaz.

Mazlina menoleh. Susuk lampai agam seorang lelaki Eropah tertera di ruang mata. Rodrigo Diaz tunduk membetulkan kemasan beg sandang belakang yang terbuka. Udara sejuk menampar-nampar hujung ikatan ekor kuda dari bawah topi tebal khusus untuk perlindungan cuaca ekstrem. Tampuk salju di kemuncak Sierra Morena masih berbaki beberapa ribu kaki ketinggian namun aura keangkuhan seorang lelaki Sepanyol Katolik seumpama denyutan dendam yang tidak terpadamkan.


- Fajar Sidik di Sierra Morena
Oleh Rebecca Ilham
Sastera.net Edisi 7

Cerpen ini merupakan salah satu karya yang dihasilkan semasa cuti musim panas tahun 2008 ketika saya bersendirian menumpang pangsapuri seorang teman sepengajian yang pulang ke Malaysia. Ia disudahkan sebelum Senja-Senja Brasilia (Mingguan Malaysia, 27 Mei 2008), tetapi rezekinya sedikit tertangguh - ia hanya tersiar selepas lebih semusim, setelah saya menyahut panggilan menghantar karya untuk dinilai bagi penerbitan kepada pihak editorial eSastera.com.

Syukur setinggi-tingginya kepada Tuhan yang Maha Pemurah kerana tahun 2009 adalah tahun rezeki. Saya tidak seprolifik berkarya seperti zaman mahasiswa namun karya-karya 'lama' telah mendapat tempat di media; dimulai dengan Jus Soli Jus Sanguinis (Tunas Cipta, November 2009), kini Fajar Sidik di Sierra Morena (Sastera.net Edisi 7) dan mungkinkah..? Inshaallah persoalan ini akan terjawab tidak berapa lama lagi :)

Apalagi, dapatkan Sastera.net Edisi 7 dari Kedai eSastera!

Pinjamkan Aku Bahumu

Afni, Hanee dan (Haz)Wani


Jangan sesekali mencurigai kuasa persahabatan!

Dua minggu lalu jiwa saya bercelaru setelah mencapai antara pemutusan terbesar dalam hidup sebagai seorang dewasa. Saya berasa sangat keseorangan - keputusan dibuat tanpa kehadiran orang lain, dan impak psikologinya juga saya pendam sendiri. Pertama kerana saya enggan menambah kekhuatiran keluarga (terutamanya ibu), sementara kedua - saya enggan dinilai sebagai keanak-anakan atas kegentaran peribadi.

Namun di hadapan dua teman baik, saya gagal mengempang segala rasa lalu lancar meluahkan semua. Dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar Hanee dan Afni sebagai teman kerana mereka sangat memahami dan berusaha menghiburkan hati. Disebabkan mereka, kegalauan hati saya terubat. And they way they did it was just impressive. Mereka tidak perlu melakukan apa-apa yang luar biasa, apart from being my friends :)

Hujung minggu ini, tanpa sedar kami telah melepasi satu ujian besar dalam persahabatan iaitu bermusafir bersama. Terima kasih teman, kerana sudi menerimaku sebagai sahabat!

Ulasan Cerpen Jus Soli Jus Sanguinis dalam Tunas Cipta 11/09

"Pada dasarnya cerpen ini juga merupakan garapan warna-warni kehidupan yang bersifat global. Walaupun dalam situasi yang berlatarkan zon perang, masih ada nilai emosi dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Saya terkesan cerpen ini kaya dengan maklumat, ada bahan-bahan sains politik, persekitaran budaya, aspek sejarah dan tamadun bangsa.

...oleh sebab isu yang dibincangkan itu amat serius, berat dan sukar untuk dicapai kata sepakat, maka plot penceritaan ada kalanya mnejadi sedkit hambar. Namun Rebecca menyuami secara tersirat elemen-elemen susastera seperti harapan, emosi, simpati, empati, perasaan halus, intuisi, rasa sedih, marah, kemesraan, kasih sayang, cemburu, risau, unsur saspens dan lain-lain unsur kejiwaan dalam bentuk dan makna cerpen ini. Elemen inilah yang menyelamatkan cerpen ini daripada terus sarat dengan maklumat sejarah dan sains politik. Bahkan elemen-elemen inilah yang telah membenamkan rasa hambar, jemu dan bosan untuk menghabiskan kisah Juliana dan Tawfik sekaligus membezakan karya berbentuk informatif dan deskriptif."


-Petikan ulasan cerpen Jus Soli Jus Saiguinis oleh Profesor Madya Dr Siti Hajar Che Man dalam Tunas Cipta, November 2009


...and the Britney song was on


As I am writing this, my cousin is whining about how many times have I played "Party in the USA" by Miley Cyrus at full blast. My new addiction started yesterday actually; "Party" was the last song I heard in the car on our way back from lunch/retail therapy session and I quickly YouTube-d it when we got home. Anyway, this is typical me - I would listen to a song until I puke, then I know I'm ready to move on. By looking at things, this might be going on for a few more days.

I ran for cancer research this morning around the Lake Garden. My company sponsored about 400 participants (employees and families) and I was one of them. I felt a sense of belonging despite the size of the organization I work for, just by wearing the official black Terry Fox Run 2009 shirt that emblazoned Team P on its left sleeve and the company's green hat.This sense of belonging was apparent when I proudly cheered with the rest of my teammates when Yasmin Yusuf, who was the master of ceremony called us up. The fact that she called up a rival company in the industry before us sort of intensified our competitiveness too :)

Terry Fox Run is not a race. In fact, it's a charity run to raise fund for cancer research. Terry Fox was a young Canadian diagnosed with cancer at the age of 18 in the 1970's. One of his legs was amputated, and he decided to run across the country to raise awareness/money in the quest of finding a cure for his disease. He made to 3/4 of Canada before succumbing to fate and passed away at the age of 21. Today, people all over the world run in place of Terry Fox.

I took the normal route of 3.5 km. The advanced route of 5 km was tempting but considering that I haven't been running for a while, I chose the road most traveled. It was a little chaotic at the beginning since people who wanted to run were slowed down by those who didn't. I couldn't help making a remark to my running buddy Azira "This is like a hurdle. People hurdle." I even overheard a Caucasian dude complaining, "This is the Terry Fox Run. So run."

Oh well.



I managed to maneuver my way around and lost Azira in the process but the path was clearer after that. I sprinted a little, especially when running downhill and didn't stop until the finish line. It took me almost half an hour and in a nutshell was a very good run. My legs were behaving, the Achilles that has been bothering me last week was alright and I didn't get leg cramps.

I noticed a difference between running at sea level as compared to Colorado. My lungs didn't feel like bursting that much. Must be the thicker oxygen :)

But running in very high humidity had it's downturn too. My feet were blistered due to excess moisture and friction, even with a pair of excellent trainers and I was soaking wet with sweat (but as Yasmin jokingly said when I asked for a picture together - it's all in the name of cancer research!). Two things that rarely happened when I ran in excessively dry Colorado.

So that was my Sunday. I am coming to term with my life as a single, independent working gal in KL - it's working all week and having fun on weekends!