Apr 5, 2010

Hebahan: Bengkel Penulisan Novel Hujung Minggu Ini!

Firdaus Ariff, novelis sai-fai yang telah menghasilkan dua buah novel dalam siri Saga Empayar Kristal iaitu Sayap Adinila dan Armada Azur terbitan PTS Fortuna selain bergelar penulis bebas semasa masih bergelar mahasiswa Sains Komputer di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mendedahkan rahsia beliau menulis novel pada hari Sabtu ini, bermula jam 9.30 pagi di "Bengkel Penulisan: Menulis Novel" di Sekolah Agama Al Ikhlas, Taman Permata.


Dalam bengkel ini saya akan dedahkan bagaimana untuk mula menulis novel daripada kertas cadangan, proses penulisan, sehinggalah novel terbit serta dijual di pasaran. Semua ini telah saya lakukan ketika masih bergelar pelajar dan dalam masa yang sama menjadi penulis bebas untuk majalah.

Dalam masa 3 jam ini saya akan dedahkan tips-tips yang akan dapat mempercepatkan langkah anda untuk bergelar novelis. Bagai yang sedia bergelar novelis pula, kita akan sama-sama berkongsi pengalaman supaya gerak kerja kita dapat dimantapkan.

Tentatifnya seperti berikut

Tarikh: 10 April 2010 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi - 1 petang
Lokasi: Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas

Maklumat lanjut lokasi

Alamat: 2755B, Jalan Changkat Permata Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
Peta: Klik sini
Foto Bangunan: Klik sini

Kaedah pembayaran

Jumlah Yuran: RM50.00
Bank Pembayaran: Maybank
Akaun Penerima: Muhammad Firdaus bin Ariff
Nombor Akaun: 156011907646

Untuk pendaftaran, sila emel ke firdaus.ariff@gmail.com




Untuk aspiring writers di luar sana, yuk!

0 komentar: