May 23, 2010

Cerpen DIALOG SUBUH dalam MM 23 Mei 2010


"Minyak mentah tidak akan pupus."

Dinding lutsinar teko kecil di bawah mesin kapucino mini memeluwap. Titisan hitam cair melubu-lubu, segera ditakung oleh ruang lingkup teko bulat.

Nazri membahagi kopi panas ke dalam dua gelas besar. Dia menjeling kelibat Husna yang berteleku di birai meja kaunter dapur. Buku nota tebal berkulit keras terbentang di hadapannya, halaman bergaris dua penuh oleh cakaran trengkas yang tidak tentu kepala dan ekor.

Nazri menatang gelas-gelas besar. Kopi untuk Husna dituang susu panas rendah lemak manakala kopi sendiri diteguk tanpa perasa tambahan. Kafeina segera bergabung dengan darah, menyentak seluruh saraf. Tidak seperti Husna yang berjaga sepanjang malam, dia hanya bangkit selepas lena beberapa jam, memenuhi permintaan isteri agar memimpin qiyamullail ringkas sebelum sama-sama menunggu subuh seperti kelaziman pagi minggu. Tetapi ternyata bisa letih meladeni tiga kes pembedahan berturut-turut di jabatan kardiologi masih bersisa.

"Hati-hati. Kenyataan awak itu mampu mengundang provokasi, malah boleh jadi kontroversi andai salah disensasikan. Parah jika awak dilabel tidak 'hijau', pengkhianat bumi lalu dimusuhi para aktivis alam sekitar." Nazri mengusik dalam mengingatkan.



Oleh Rebecca Ilham
Mingguan Malaysia, 23 Mei 2010



Tuhan Yang Maha Besar. Dengan izin-Nya cerpen saya "Dialog Subuh" dipilih untuk siaran oleh pihak editorial Mingguan Malaysia untuk mengisi kuota cerpen minggu ini. Alhamdulillah.

Ia dicetuskan oleh secawan kopi sebenarnya, dengan babak Sofina disajikan kopi pada awal pagi oleh suaminya Aby Redha dalam novel Prof Dr SZI, Delima Ranting Senja, sebagai inspirasi. Terima kasih untuk Kak Nasriah Abdul Salam yang mengembalikan ingatan saya terhadap babak romantis sewaktu kami bergelak tawa dengan teman-teman lain sambil menikmati bercangkir-cangkir kopi tajaan ITNM di PBAKL tempoh hari ;)

Jemput meladeni cerpen kecil ini. Ia mengenengahkan pandangan peribadi saya sebagai seorang graduan teknikal Muslim, inshaallah.

4 komentar:

A. Muziru Idham said...

Tahniah kak atas tersiarnya cerpen tersebut. Mantop!^_^

Mawar said...

Becky
TAHNIAH!

Anonymous said...

tak lama lagi terbit kumpulan cerpen kedua pula...FahdRazy

Rebecca Ilham said...

Adik Seruling Emas,
terima kasih!

Dr Mawar,
setinggi-tinggi terima kasih atas perhatian :)

Fahdlil,
mudah-mudahan...