Jun 1, 2010

Palestina di Hati Rebecca Ilham

Lagi kenangan dari tunjuk perasaan tergempar anjuran Muslim American Society (MAS) Freedom di hadapan bangunan Colorado State Capitol, Denver pada senja musim dingin Januari 2009.
Kredit gambar: Mohd Afiq Ishak


"Begini, Tia. Israel tidak menggentari pemuda-pemuda Palestin mengangkat senjata, mereka menggeruni pemuda-pemuda Palestin taat beragama." - Irwan Haq, cerpen Seru Ismailia (2001)


"Bapa selalu-selalu bangga melaung kami bangsa tidak leka bermuhasabah, belajar dari sejarah. Kerana itu kami berjaya. Berjaya tafsiran bapa adalah menjelmakan Hitler, kali ini sebagai Zionis. Dulu kami mangsa, hari ini pemangsa. Manusia itu serupa. Haloba. Gila kuasa." - Dr Zachary Loeb, cerpen Fasa-Fasa Cinta (2006)


“Sebelum Pemberontakan Arab, juga sebelum Zionis gila merealisasikan gagasan Israel Raya, Yahudi-Palestinian boleh hidup berjiran. Malah sejarah membuktikan; pada zaman Rasulullah dan Khulafah ar-Rasyidin kemudiannya, Yahudi tidak pernah tertindas di bawah perundangan Islam.” - Dhaliza Mustakim, cerpen Jalan Jauh ke Ramallah (2007)


Siapa bilang Hamas perosak, pengganas? Saya mengaku, pertubuhan ala militia itu sedikit radikal. Tetapi, seperti selalu-selalu ditegaskan walid kepada kami empat beradik: musuh kita Yahudi Zionis; manusia penipu, pembohong. Andai pendekatan berlemah-lembut digunapakai, tidak mustahil kita jugalah yang akan digula-gula! - Naurah Haniyeh, cerpen Menjadi Naurah (2007)


“Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.” - Wafeya Mustafa, cerpen Perca-Perca Cinta Untuk Palestina (2009)


“Bukan engkau yang aku maksudkan, Tawfik, sebaliknya lebih empat juta pelarian Palestin yang melata-lata di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Lubnan, Syria serta negara-negara lain yang sudi menghulur perlindungan kemanusiaan. Mereka lahir di tanah yang kini dipagar Israel, terlebih dahulu diam dan menyuburkan tanah kelahiran itu sehinggalah Zionis memilihnya sebagai penempatan baru kaum Yahudi yang dihalau dari Eropah. Kemudiannya, penduduk asal ini dikenakan pelbagai syarat dan sekatan andai ingin bergelar warganegara sah di penempatan asal mereka sendiri. Beritahu aku Tawfik, beritahu, bukankah itu diskriminasi namanya?” - Juliana, cerpen Jus Soli Jus Sanguinis (2009)


Jikalau Mesir, dan negara-negara Arab lain lebih proaktif memainkan peranan dalam Liga Arab sebelum tahun 1948, Palestin telah merdeka dan negara haram Israel tidak akan wujud di atas lakaran peta dunia. Abah barangkali maklum tentang penubuhan Suruhanjaya Tinggi Arab Untuk Palestin pra An-Nakba?" - Sufiyah, cerpen Ligamen Luka di Timur Tengah (2010)

0 komentar: