
"Terdapat 15 cerpen semuanya. Dan, daripada 15 cerpen-cerpen itu, yang jelas pada saya mengangkat 4 disiplin ilmu: Sains Politik dan Sejarah - dua bidang yang sangat mesra pada saya - dan dua yang tidak – Kejuruteraan dan Seni bina. Namun, yang mengujakan saya, jalinan keempat-empat bidang ini membuatkan saya yang tidak terdidik dengan ilmu kejuruteraan dan seni bina sedikit sebanyak boleh faham apa yang dimaksudkan penulis – terutamanya pada cerpen Mencari Tuhan di Celahan Cambrian dan Protokol Cinta serta Perca-Perca Cinta untuk Palestina. Malah, cerpen Mencari Tuhan di Celahan Cambrian memberi saya tambahan kefahaman kepada teori Darwin mengenai the origin of species itu. Dan, sekali lagi saya menyimpul rasa geram dan cemburu kerana Rebecca mampu memaham banyak fenomena sejarah dan politik dan menulisnya secara effortless! (hehehe, whatever does it means!)."
Baca ulasan penuh Sdr Fisha di sini.
Naskhah 15 Cerita Gadis Perantau: Kimono Ungu Bersulam Bunga boleh didapati di MPH Bookstore.
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment