Jangan Sekadar Retorik

Salah satu sepanduk pada demonstrasi kecemasan berhadapan Colorado State Capitol pada awal Januari 2009.
Kredit gambar: Mohd Afiq Ishak


Tragedi kapal Mavi Marmarra, sebuah daripada kumpulan armada bantuan hayat kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza, Palestin diserang soldadu Zionis awal pagi ini meruapkan marah segala macam pihak. Namun seperti kelaziman, acap pula luapan emosi mendominasi reaksi dan retaliasi.

Ya, baguslah kerana kita berkesedaran dengan masalah sosial dalam masyaraat dunia masa kini. Tetapi cukupkah hanya sekadar berkesedaran dan melaung-laung sehingga perit anak tekak menyumpah pihak itu dan ini sedangkan sepatah haram solusi pun tidak diutarakan?

Kita menyeranah Liga Arab, Amerika dan tentunya entiti HARAM bernama Israel yang ditegakkan oleh gerakan politik Zionisme nan licik, sedangkan pada masa yang sama, kitalah antara pihak yang mengecam sambil membungkam itu. Selalu juga seranahan kita itu tidak pun politically-correct seperti pemenang Hadiah Nobel Keamanan Mutakhir Barack Obama yang punya kepentingan di kedua-dua belah, sehingga menyiat perasaan sesetengah pihak (seperti penganut Yahudi yang anti-Zionis atau individu yang memilih untuk tidak mencanang-canang keprihatinannya sedangkan dia boleh jadi sejuta kali lebih prihatin daripada anda yang hanya lantang apabila berlaku insiden-insiden semacam ini).

Saya kira sudah tiba masanya kita membebaskan diri daripada reaksi dan retaliasi 'di angin lalu.' Kita tak mahu jadi Liga Arab (terutamanya Mesir), kan?

Masyarakat dunia kontemporari, terutamanya di pihak-pihak berkecuali, mendamba justifikasi dalam setiap tindakan sebelum memutuskan untuk menyokong kita atau tidak. Secara jujur, anda ingat si penganut Yahudi yang anti-Zionis itu nak dengar cakap anda yang masih BUTA membezakan antara Yahudi dengan Zionisme?

Reaksi dan retaliasi kita perlu 'terpelajar.' Apabila kita memekik bahawa Israel itu entiti HARAM, kita mesti punya jawapan untuk menyokong pernyataan kita itu. Kenapa Israel itu HARAM? Prinsip apa dalam perlembagaan negara HARAM yang terus-terusan menjarah wilayah Palestin secara HARAM itu membenarkan kata-kata kita bahawa ia sebuah entiti TIDAK SAH?

Malah, kalau dibentangkan fakta tentang prinsip kewarganegaraan Israel yang mengambil prinsip jus sanguinis (seperti yang dipraktiskan Jerman di bawah pemerintahan Hitler suatu masa dulu), saya yakin ramai warga dunia yang bisa dibalikkan hatinya menjadi pro-Palestin. Ini boleh dipolemikkan dengan lebih lanjut lagi - hah, bagaimana sebuah 'negara' etnokrasi boleh pula mengaku mengamalkan demokrasi (melalui pilihanraya yang menyekat rakyatnya sendiri yang berbangsa Arab dan beragama Islam bertanding)?

Bukanlah saya mengatakan tidak boleh berkata-kata, atau berdemonstrasi. Malahan dialu-alukan. Cuma jangan sampai hanyut oleh emosi sehingga reaksi dan retaliasi kita - bakar-bakar, panjat-panjat pagar kedutaan, maki-hamun Yahudi (sehingga dipukulrata semua Yahudi itu Zionis, hey saya ada kawan Yahudi tahu, malah pernah makan malam Passover di rumahnya!) - hanya sekadar retorik. Sudah tiba masanya kita menyelesaikan masalah dan tidak hanya mengeluh tentangnya!

Meneroka Media Baru


Galeri PETRONAS di hujung Aras 3, Suria KLCC saya lewati hampir setiap hari, namun melainkan kunjungan terakhir pada bulan Ramadhan yang lalu, saya belum berkesempatan untuk berkunjung lagi meski pameran baru silih berganti.

Namun syukur semalam, pada cuti umum Hari Wesak, saya sempat melangkah masuk ke galeri seni halus yang disediakan percuma oleh PETRONAS sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya memandaikan bangsa untuk meladeni pameran NOVA: Meneroka Media Baru yang telah bermula sejak 1 Mei yang lalu.

Pameran ini menampilkan integrasi lima komponen:

1. Pameran Haroshi yang menampilkan arca serta objek seni yang dihasilkan daripada papan luncur terpakai

2. Alat Permainan Devilrobot ciptaan lima pereka muda dari Jepun - antara watak popular masa kini adalah Tofuku Kubrick (diilhamkan dari tofu yang putih dan lembik itu), juga Muffy yang diilhamkan dari marshmallow

3. Festival DOTMOV, iaitu tayangan sebahagian daripada filem-filem digital dari seluruh dunia yang bertanding dalam festival fielm digital anjuran majalah Shift dari Jepun

4. Penangkap Bayu, kerja unik oleh Super Nature Design dari Shanghai yang mengaplikasikan tenaga angin untuk menghasilkan karya seni (ulasan lanjut di bawah)

5. Pameran Pendigitan yang menampilkan pelbagai interpretasi grafik oleh para artis yang bergiat di dunia siber


Komponen yang paling menarik perhatian saya ialah #4 - Penangkap Bayu yang lokasinya nun di hujung galeri. Sudahlah terpencil, pencahayaan di situ sengaja diminimumkan dan ada pula iringan instrumental yang menenangkan. Untuk menikmati kerja seni bikinan tiga anak muda yang berpejabat di Shanghai itu, pengunjung dikehendaki meniup kipas kecil yang didirikan bertentangan dengan skrin putih besar.

Saya tidak pasti dengan proses sains yang berlaku, tetapi apabila kipas berputar, imej di skrin akan turut berubah warna dan resolusi. Malah, kalau terlebih 'sembur', bintik-bintik seni akan turut terakan di skrin. Erk, air liur kot? Hahahah.

Hasil penelitian, saya dapati kipas kecil itu disambung dengan wayar panjang yang destinasi akhirnya pada projektor di pepenjuru siling. Barangkali, tenaga kinetik dari angin yang menggerakkan kipas telah ditukarkan menjadi tenaga elektrik (melalui generator kecil agaknya?) sebelum dilalukan kepada hablur cahaya sebelum dipampang pada skrin.

Konsep ini bukan sahaja membawa nafas baru dalam interpretasi seni, tetapi juga menggabungkan seni dengan sains. Dari spektrum falsafah ilmu, seni dan sains digolongkan sebagai dua bidang yang letaknya dalam polar yang berlawanan. Boleh jadi interpretasi ini merupakan satu alternatif untuk meruntuhkan tafsiran ilmu mengikut kaca mata filosofis Barat?

Tahniah untuk Galeri PETRONAS kerana mendekatkan seni dengan pelbagai lapis khalayak. Ya, Seni Untuk Semua!



(Saya kepingin ke RA Fine Arts Gallery di Jalan Aman, tetapi tidak pasti dengan pameran yang sedang berlangsung. Boleh sesiapa tolong beri pencerahan?)

Kekasih Buku di Paris

Paris Bouquins terbitan Jeu de Paume. Boleh didapati di Kinokuniya, Suria KLCC atau dipesan terus (1800 yen) dari rumah penerbitan anak-beranak Jeu de Paumes di Tokyo.


Saya lebih tertarik dengan teks berbanding gambar atau warna. Justifikasinya, seaktu kecil saya mula berkarya dengan melukis komik. Namun saya kurang sabar - melukis mengambil masa, selalunya perlu dihabiskan lukisan dahulu sebelum dapat dititipkan dialog percakapan watak. Oleh itu kerap kali menjelang penghujung plot komik zaman kanak-kanak itu, saya akan mengelat dengan menulis kesudahan cerita seperenggan panjang tanpa sebarang grafik.

Setelah itu saya terfikir lebih baik andai cerita ditulis terus tanpa didahulukan dengan lukisan. Maka bermulalah episod hidup saya sebagai penulis (ewah!). Kecenderungan ini juga tumpah kepada tabiat membaca - saya tidak menggilai komik; ia tebal (dan mahal - Black Jack Vol. 1 karya Osamu Tezuka; Palestine, Foonotes from Gaza dan Safe Area Gorazde karya Joe Sacco yang saya angkat letak beberapa kali itu harganya memberatkan hati untuk terus membeli) tetapi boleh dihabiskan dalam masa yang singkat.

Sedangkan buku, semakin tebal semakin mengecurkan. Saya acap juga membandingkan ketebalan buku-buku yang sama harga sebelum membeli yang paling tebal. Maklumlah, dahulu bajet untuk bahan bacaan tidak semewah kini. Namun saya bersyukur kerana ia menjadikan saya seorang yang tidak memilih - segala macam genre saya hentam baca. Natijahnya sekarang ini, ada sesetengah genre saya sudah tak lalu nak sentuh pun (and I do not miss them at all...).

Baik, berbalik soal teks versus visual dalam bahan bacaan. Disebabkan kecendurangan awal itu, saya tidak pernah berani untuk membelek buku-buku dalam bahasa yang tidak dikuasai. Oleh itu, spektrum bacaan saya terhad kepada bahasa ibunda dan bahasa kolonialis mutakhir sahaja. Dua semenster menekuni bahasa Sepanyol, saya belum fasih sepenuh.

Tetapi hari ini, sementelah berlegar-legar di pinggir bahagian manga bahasa Inggeris di gedung buku Kinokuniya (sambil merungutkan manga bertema cinta yang mendominasi rak - mana nak cari pengganti Osamu Tezuka macam ini!), saya mengarahkan kaki menjejaki seksyen bahasa Jepun di hujung ruang gedung.

Mula-mula, janggal dan canggung menguasai diri. Saya tidak pasti cara untuk bawa diri di seksyen yang sangat asing itu. Bukan sekadar tidak boleh mengecam karakter-karakter kanji, hatta perkataan-perkataan yang dieja secara romaji pun tidak saya fahami! Mujur, rak-rak di seksyen ini disertakan juga terjemahan bahasa Inggeris.

Rak pertama yang saya tujui adalah rak manga. Ketika buat-buat faham bahasa Jepun (looking the part was TOUGH (with headscarf and a pro-Palestinian tee shirt)!) sambil meneliti deretan manga yang lebih 'berjenis', seorang remaja lelaki menyiku temannya di rak bertentangan sambil ekor mata menjeling saya. I guess I didn't belong after all...

Saya mula rasa at home di bahagian kanak-kanak. Tanpa berpaling kiri atau kanan, saya terus bersila sambil membelek buku keras tentang Kesatria Baja Hitam. Masa saya kecil-kecil dulu dulu tak ada, ok! Juga sempat melihat-lihat buku Anpan-man yang bersifat mendidik kanak-kanak mengenal objek, pekerjaan, tempat dan lain-lain (saya agak-agak sahaja, hahaha).

Menariknya bahagian kanak-kanak di seksyen bahasa Jepun ini adalah sudut yang menempatkan buku-buku browsing copies yang dijaket khas sebagai tatapan pengunjung. Sebuah bangku panjang diselitkan di tepi dinding kaca; jarang sekali ia kosong - anak-anak Jepun yang putih merah ghairah membelek buku di situ dengan pengawasan jauh ibu bapa yang turut memilih buku.

Saya mula teruja ketika meneliti buku-buku dwibahasa (Jepun/Inggeris) di rak Learning Japanese. Ya teksnya dapat saya fahami, namun saya lebih tertarik dengan gambar-gambar, terutamanya tempat-tempat menarik di Jepun, yang disertakan bersama penerangan tentang negara Jepun. Namun klimaks 'kembara' ke teritori asing ini tentunya apabila dalam perjalanan 'pulang', saya terserempak pameran kecil buku-buku terbitan Jeu de Paume yang berpejabat di Shibuya-ku, Tokyo.

Pertama kerana grafik, sementara sebab yang lebih kuat kerana salah satunya tentang buku, atau setepatnya bouduins - pencinta buku!

Tajuk penuh buku penuh warna-warni itu ialah Paris Bouquins atau Paris Book Lovers atau Pencinta Buku Kota Paris. Ia merupakan sebuah guide yang menghimpunkan 41 buah kedai buku (les librairies) indie di kota Paris, lengkap dengan alamat, stesen metro terdekat, penerangan ringkas serta tentunya foto-foto di dalam dan sekitar toko-toko terpilih berkenaan.

Liur saya kecur sambil tangan dalam rakus, berhati-hati, menyebak laman demi laman. Melainkan nama toko, pengkhususan toko (ada toko yang menjual buku tentang taman bunga sahaja, tentang pengembaraan sahaja, tentang binatang peliharaan sahaja dan lain-lain), alamat dan stesen metro terdekat dalam rumi, teks lainnya semua ditulis kanji. Tetapi saya peduli apa!

Mungkin inilah yang dikatakan bahasa buku itu bahasa universal. Meski teksnya tidak mampu dihadam semua, tetapi pasti ada ciri lain yang dapat dimengertikan. Asal sahaja kita tidak terus menutup mata (hati)!

Cerpen DIALOG SUBUH dalam MM 23 Mei 2010


"Minyak mentah tidak akan pupus."

Dinding lutsinar teko kecil di bawah mesin kapucino mini memeluwap. Titisan hitam cair melubu-lubu, segera ditakung oleh ruang lingkup teko bulat.

Nazri membahagi kopi panas ke dalam dua gelas besar. Dia menjeling kelibat Husna yang berteleku di birai meja kaunter dapur. Buku nota tebal berkulit keras terbentang di hadapannya, halaman bergaris dua penuh oleh cakaran trengkas yang tidak tentu kepala dan ekor.

Nazri menatang gelas-gelas besar. Kopi untuk Husna dituang susu panas rendah lemak manakala kopi sendiri diteguk tanpa perasa tambahan. Kafeina segera bergabung dengan darah, menyentak seluruh saraf. Tidak seperti Husna yang berjaga sepanjang malam, dia hanya bangkit selepas lena beberapa jam, memenuhi permintaan isteri agar memimpin qiyamullail ringkas sebelum sama-sama menunggu subuh seperti kelaziman pagi minggu. Tetapi ternyata bisa letih meladeni tiga kes pembedahan berturut-turut di jabatan kardiologi masih bersisa.

"Hati-hati. Kenyataan awak itu mampu mengundang provokasi, malah boleh jadi kontroversi andai salah disensasikan. Parah jika awak dilabel tidak 'hijau', pengkhianat bumi lalu dimusuhi para aktivis alam sekitar." Nazri mengusik dalam mengingatkan.



Oleh Rebecca Ilham
Mingguan Malaysia, 23 Mei 2010



Tuhan Yang Maha Besar. Dengan izin-Nya cerpen saya "Dialog Subuh" dipilih untuk siaran oleh pihak editorial Mingguan Malaysia untuk mengisi kuota cerpen minggu ini. Alhamdulillah.

Ia dicetuskan oleh secawan kopi sebenarnya, dengan babak Sofina disajikan kopi pada awal pagi oleh suaminya Aby Redha dalam novel Prof Dr SZI, Delima Ranting Senja, sebagai inspirasi. Terima kasih untuk Kak Nasriah Abdul Salam yang mengembalikan ingatan saya terhadap babak romantis sewaktu kami bergelak tawa dengan teman-teman lain sambil menikmati bercangkir-cangkir kopi tajaan ITNM di PBAKL tempoh hari ;)

Jemput meladeni cerpen kecil ini. Ia mengenengahkan pandangan peribadi saya sebagai seorang graduan teknikal Muslim, inshaallah.

KIMONO UNGU BERSULAM BUNGA Sudah Terbit!



SUDAH TERBIT. Akan berada di toko-toko buku sedikit masa lagi. Juga boleh ditempah dari pengarang - RM17 (tanpa penghantaran), RM 22 (dengan penghantaran pos laju). NASKHAH PANAS-PANAS DARI KILANG CETAK!


Kimono Ungu Bersulam Bunga menghimpunkan 15 cerpen eceran merentas sempadan benua dan wacana nukilan Rebecca Ilham yang telah terbit di pelbagi media arus perdana sepanjang bergelar siswi di Colorado School of Mines (Class of 2009) sehinggalah menjadi jurutera (2009-kini).

Kandungan:
1. Langit Lazuardi
2. Jalan Jauh ke Ramallah
3. Mencari Tuhan di Celahan Cambrian
4. Menjadi Naurah
5. Puing Derita Bosnia dan Herzegovina
6. Perca-Perca Cinta Untuk Palestina
7. Kimono Ungu Bersulam Bunga
8. Angin pada Mekar Kuntum Sakura
9. Jus Soli Jus Sanguinis
10. Harapan di Hujung Cebis Doa
11. Di Bawah Langit Manchester
12. Senja-Senja Brasilia
13. Yang Aneh Itu Lelaki
14. Fajar Sidik di Sierra Morena
15. Protokol Cinta



Emel (beckyilham [at]yahoo[dot]com) untuk tempahan/maklumat lanjut.

Ujaan Awal: 15 Cerita Gadis Perantau - Kimono Ungu Bersulam Bunga


Tajuk: 15 Cerita Gadis Perantau - Kimono Ungu Bersulam Bunga
Penulis: Rebecca Ilham
Penerbit: Ameen Books
Tahun Terbit: 2010
Rekaan Kulit: Alfiearth Studio



Ingat nama ini – Rebecca Ilham. Jarang sekali kita bertemu dengan gadis Melayu kosmopolitan warga dunia seperti Rebecca. Cerita-cerita pendek Rebecca merentas budaya yang diadun dengan isu-isu besar dunia. Kimono Ungu Bersulam Bunga yang berlatarkan negara Jepun misalnya, membicarakan tentang feminisme, di mana Salwa, seorang sejarawan muda dari Malaysia telah mencabar kedudukan lelaki yang seringkali dimenangkan oleh amalan budaya di sana. Di samping itu, ia turut mengemukakan penyelesaian berdasarkan firman-firman Tuhan di dalam al-Quran yang adil dan telus. Kebanyakan cerita-cerita pendek Rebecca telah pun tersiar dalam media perdana. Ini merupakan pengiktirafan kepada mutu penulisan Rebecca.


Selected Sharings of Singapore Shennanigans

1. Betel Box Backpackers Hostel

Facilities-wise, I must say the best backpackers place I've been so far is in Japan but in concept and execution, Betel Box is a GREAT hostel. The staffs are friendly - Justin and I hit it off the moment we met, we couldn't stop talking about indie bookstores and fancy notebooks! I wasn't sure on how to get to Books Actually and he happened to know the owner so he drew up an itinerary. I was also looking for a good notebook - not a moleskin because I am not ready to walk into the footsteps of Ernest Hemingway and the likes - and apparently he is crazy about them. He even shared his current notebook, a fancy leather-bound Midori.

The simple, free continental breakfast was great as well. Several choices of bread and spread with coffee dripping from the machine all day. Not to mention that the building is of Peranakan architecture, within walking distance from Pasar Geylang Serai.


2. Books Actually

It's located on Club Street, just opposite the Ang Seng Hill - a hip area where expatriates were already sipping on beer by the sidewalk cafes the time I went on a quest to fine this gem of a bookstore. Justin has cautioned that I might miss it because "Books Actually is not so obvious." But hey, I might miss a boutique but there's no way I would miss a bookstore!

However it was right about the store being "not so obvious." It is a small and humble, three-storey establishment that houses extensive collections of serious literary works, antique collectibles (think old Hardy Boys and Nancy Drew series), retro trinkets (remember those flags-around-the-world erasers from primary school?) and papers, journals and notebooks sold under Polymath & Crust label. Books Actually also has a publishing wing - Math Paper Press.

I love the decorations and arrangements of things inside the store. The books on cover displays are intricately chosen - reflecting the atmosphere of the space. A line of retro typewriters on the stairs going to the second floor. On top of the same staircase is a proud blue wooden miniature piano, the same kind as the one I, my cousins and surely many of us owned as a kid.

I'm pretty sure they're not making that much money out of the business. In today's Sunday Times - managed to get a copy before boarding the bus to Keppel Road early this morning - it was written that Singaporeans do not read very much. It must have been a pure passion; the huge fabric hanging by the door outside the store, imitating lines out of an exercise book inscribed with quotes about books sums it all up.


3. Page One

Page One is located in VivoCity, Harborfront. From its glass window by the children section, the Sentosa Island is very much visible, with the rail of Sentosa Express coming and going by its side.

It is a good bookstore as well, but unlike Books Actually, Page One is tailored to meet the commercial aspect as well. A great job I must say; the collections are extensive (due to space probably, and I noticed some were actually underutilized). But I wish they would carry books on writing/writing skills or something along that line. It was suggested that I looked in the professional sections. Maybe being a writer is not deemed as a profession?


4. {prologue}

Prologue is housed inside the high-end ION Orchard. I would never venture into this place if not for a bookstore. Prologue does not only sell books, but they have an impressive stationery section as well, not to mention a cafe that was literally, packed with young people.

It was here that I got my new notebook :)


5. Bussorah Street

I was here before the stores were all opened. But the architecture is to die for. Located in front of the main entrance of the Sultan Mosque and next to Kampong Gelam Palace, it is a part of the Malay Heritage area.

6. The Raffles Hotel

It wasn't in my initial itinerary but thanks to a travel article in the NST that I read a few days before leaving, I decided to pay the Raffles Hotel Museum a visit. Upon walking into the courtyard I felt transported into another world and time. The first word that came to mind was "maharajah" then "colonialism." And seeing Eurasian tourists milling around and fancy boutiques of labels from abroad did not help either. It was, is beautiful but it didn't feel right...

However the initial uneasiness melted when I got into the museum on the third floor. It was a comprehensive exhibition of the hotel - from its conception, its glory, the renovations and its restored fame. But what struck me most was how famous writers were a huge part of the hotel during its early days.

Somerset Maugham's famous words that the hotel "stands for all the fables of the exotic East" were used in advertising campaign during those good old days.

And Rudyard Kipling's permission was obtained before the lines from his book "Sea to Sea" were included in promoting Raffles. The lines are "Providence led me to a place called Raffles Hotel, where the food is as excellent as the rooms are goo. Let the traveler take note: Feed at Raffles, Sleep at Raffles."

Oh and don't forget to get the Raffles' postcards! Heeding the travel article from NST, I even mailed one to myself just to get that famous Raffles post stamp!


7. Changi Chapel and War Museum

I had a future trip in mind before I left and the exhibition at this museum sort of reaffirmed that I should take it. Inshaallah.


8. National Library

The open-aired cafe in the foyer area really serves its purposes. It was packed with students revising and in heated arguments (or maybe just gossiping but whatever) while other members of the public occupied the tables as well.


9. MRT Bras Basah

Taking a trip to or from this station is a must,just to check out the cool natural lighting roof provided by the semi transparent water pool on the ground level.


10. Chinatown

Gosh I love this place. The smell and the ambiance are truly Asian. I was here twice, within two hours. The Buddha Tooth Relic Temple opposite of the Chinatown Complex reminded me of shrines in Japan with its glaring vermilion color. I ventured for a look but chickened out when the prayer chants got too loud.


11. Singapore Tourist Pass

For $8/day (+ $10 card deposit), I got unlimited access to land transportation (excluding taxi). It was really convenient as I am the most directionless person who got lost countless times in a day.