Geraldine Brooks dan Helen Thomas

Sudah beberapa minggu saya "tanpa" buku - membaca, tetapi tidak khusyuk kerana yang dibaca bukan "soulmate." Beberapa perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini kemudiannya melorongkan saya kembali kepada novel yang dibaca ketika Gaza ditabrak bom fosforus dan artileri Israel pada akhir tahun 2008 / awal tahun 2009 yang lalu - People of the Book karya Geraldine Brooks.

Sebagai latar, Brooks merupakan seorang jurnalis yang juga penulis kreatif. Beliau berasal dari Australia tetapi pernah bertugas sebagai koresponden untuk The Wall Street Journal di Timur Tengah, benua Afrika dan rantau Balkan. Sebuah bukunya yang berkonsep new jurnalism - Nine Parts of Desire: The Hidden World of Islamic Women - merupakan kupasan provokatif tentang wanita Islam serta wanita dalam Islam yang baik. Brooks juga merupakan seorang Jewish-convert, apabila mengahwini pengarang Tony Horwitz pada tahun 1984. Dengan latar yang rencam, maka tidak hairanlah jika Brooks menulis People of the Book, sebuah naskhah fiksyen kreatif yang menekankan toleransi agama dan hubungan multi-etnik.

Saya belum habis mengulang baca, namun ada beberapa perenggan di bab kedua yang menarik perhatian. Ia merupakan sebahagian daripada inti perdebatan antara dua pemuda Yahudi yang berbeda ideologi pada tahun 1940 dari kaca mata seorang gadis bernama Lola.


Isak pushed his wire-rimmed glasses up the bridge of his nose.

"Maybe what you say is true for Jews in Germany. We all hear troubling news from there. But not here. Anti-Semitism has never been part of our lives in Sarajevo. Look at where the synagogue is: between the mosque and the Orthodox church. I'm sorry, but Palestine is the Arabs' home, not yours. Certainly not mine. We are Europeans. Why turn our backs on a countrythat has offered us prosperity and education, in order to become a peasant among people who don't want us?"

"So you're happy to be a pigeon?" Mordechai said this with a smile, but his intention to belittle Isak was clear, even to Lola. Isak pinched the bridge of his nose and scratched his head.

"Maybe so. But at least the pigeon does not harm. The hawk lives at the expense of other creatures that dwell in the desert."

[hlm. 50]


Perenggan-perenggan ini saya kira molek sekali diladeni bersama rakaman mouth lashing oleh Helen Thomas, bekas wartawan White House minggu lalu.

Feminisme Radikal dalam KUBB


Kata Zulfazlan Jumrah, guru dan penulis yang dalam diam prolifik berkarya ini:

"Beliau cukup sensitif dengan isu sejagat terutamanya perkara-perkara besar yang menggemparkan dunia seperti isu penjajahan bumi Palestin oleh rejim Zionis, pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika, kupasan paradoks tentang teori agung Darwin malah lebih mempesonakan semua itu dibungkus oleh Becky dengan 'kimono' kemanusiaan."

Kemudian beliau memperincikan lagi kritikan:

"...seringkali kita menemui kecenderungan Becky untuk mentransformasi segala limpahan rasa dan rintih sukmanya berkiblatkan feminisme radikal."


Apa itu feminisme radikal?
Baca ulasan penuh di laman pendidik bangsa yang berjiwa besar ini.

Palestina di Hati Rebecca Ilham

Lagi kenangan dari tunjuk perasaan tergempar anjuran Muslim American Society (MAS) Freedom di hadapan bangunan Colorado State Capitol, Denver pada senja musim dingin Januari 2009.
Kredit gambar: Mohd Afiq Ishak


"Begini, Tia. Israel tidak menggentari pemuda-pemuda Palestin mengangkat senjata, mereka menggeruni pemuda-pemuda Palestin taat beragama." - Irwan Haq, cerpen Seru Ismailia (2001)


"Bapa selalu-selalu bangga melaung kami bangsa tidak leka bermuhasabah, belajar dari sejarah. Kerana itu kami berjaya. Berjaya tafsiran bapa adalah menjelmakan Hitler, kali ini sebagai Zionis. Dulu kami mangsa, hari ini pemangsa. Manusia itu serupa. Haloba. Gila kuasa." - Dr Zachary Loeb, cerpen Fasa-Fasa Cinta (2006)


“Sebelum Pemberontakan Arab, juga sebelum Zionis gila merealisasikan gagasan Israel Raya, Yahudi-Palestinian boleh hidup berjiran. Malah sejarah membuktikan; pada zaman Rasulullah dan Khulafah ar-Rasyidin kemudiannya, Yahudi tidak pernah tertindas di bawah perundangan Islam.” - Dhaliza Mustakim, cerpen Jalan Jauh ke Ramallah (2007)


Siapa bilang Hamas perosak, pengganas? Saya mengaku, pertubuhan ala militia itu sedikit radikal. Tetapi, seperti selalu-selalu ditegaskan walid kepada kami empat beradik: musuh kita Yahudi Zionis; manusia penipu, pembohong. Andai pendekatan berlemah-lembut digunapakai, tidak mustahil kita jugalah yang akan digula-gula! - Naurah Haniyeh, cerpen Menjadi Naurah (2007)


“Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.” - Wafeya Mustafa, cerpen Perca-Perca Cinta Untuk Palestina (2009)


“Bukan engkau yang aku maksudkan, Tawfik, sebaliknya lebih empat juta pelarian Palestin yang melata-lata di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Lubnan, Syria serta negara-negara lain yang sudi menghulur perlindungan kemanusiaan. Mereka lahir di tanah yang kini dipagar Israel, terlebih dahulu diam dan menyuburkan tanah kelahiran itu sehinggalah Zionis memilihnya sebagai penempatan baru kaum Yahudi yang dihalau dari Eropah. Kemudiannya, penduduk asal ini dikenakan pelbagai syarat dan sekatan andai ingin bergelar warganegara sah di penempatan asal mereka sendiri. Beritahu aku Tawfik, beritahu, bukankah itu diskriminasi namanya?” - Juliana, cerpen Jus Soli Jus Sanguinis (2009)


Jikalau Mesir, dan negara-negara Arab lain lebih proaktif memainkan peranan dalam Liga Arab sebelum tahun 1948, Palestin telah merdeka dan negara haram Israel tidak akan wujud di atas lakaran peta dunia. Abah barangkali maklum tentang penubuhan Suruhanjaya Tinggi Arab Untuk Palestin pra An-Nakba?" - Sufiyah, cerpen Ligamen Luka di Timur Tengah (2010)