Mar 25, 2011

Setakat Pinda-Pinda, Apa Kelas?

Di Hollywood, propoganda Yahudi-Zionis yang mengakar melalui novel Exodus karya Leon Uris cuba digugah dengan kemunculan filem Miral, filem arus perdana yang mengangkat kisah di wilayah bergolak melalui perspektif bangsa Palestin.

Begitulah, karya kreatif dipatahkan dengan karya kreatif juga; setakat pinda-pinda, apa kelas!

2 komentar:

tuan tanah said...

Becky sudah baca bukunya? Saya tonton Miral, tapi tak berapa berkenan dengan filem itu. Mungkin buku akan beri perspektif berbeda.

Rebecca Ilham said...

Kak Ain, saya belum baca. Kurang berminat, kerana dari sinopsis dan belekan di kedai buku kerana isinya semacam lebih bersandarkan emosi berbanding pendekatan/polemik lebih ilmiah.

Ulasan di NY Times tentang filem ini pun tidak memberangsangkan. Kelahirannya menyebabkan beberapa pihak tidak senang duduk pada mulanya, namun setelah diteliti kualitinya, dibayangkan pihak-pihak yang panas punggung ini akan menarik nafas lega.

Walau apa pun, saya kira catatan Sandy Tolan di Al Jazeera (Tolan merupakan penulis The Lemon Tree: An Arab, A Jew and Peace In The Middle East yang buat saya menangis)yang mengaitkan Miral sebagai pencabar Exodus sangat menarik, dan kena pula dengan perkembangan semasa di tanah air.