"...and the writer who is to be anything more than an echo of his predecessors must always find expression for something which has never yet been expressed, must master a new set of phenomena..." - Edmund Wilson
Dialog Orang Muda (DOM) kembali lagi pada 15 Mei 2011 bertempat di Rumah PENA jam 10.30 pagi seperti biasa.
Kali ini, DOM membawa isu PPSMI yang sedang didesak oleh golongan tertentu (baca: PAGE) agar dikembalikan, atau paling tidak pun, dijenamakan semula dalam bentuk sistem pendidikan dwibahasa secara pilihan. Perbuatan ini jelas sekali melanggar keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Panelis DOM kali ini terdiri daripada tiga orang muda daripada jalur-jalur berbeza.
1. Aidil Khalid; Peguam Pelatih dan Penulis Sastera 2. Wan Ahmad Fayhsal; Fellow Himpuan Keilmuan Muda (HAKIM) 3. Wan Mohd Aimran; Pensyarah Fizik, UKM
Dijemput semua tanpa mengira tua atau muda untuk hadir memeriahkan, berkongsi pandangan serta luahan tentang isu ini. Makan tengah hari disediakan. Ayuh kita merdekakan diri dari 'kotak-kotak'!
(Nota pascaDOM: rakaman DOM Mei Bahagian 1 ihsan Wan Ahmad Fayhsal)
Rebecca Ilham merupakan pseudonim Hazwani binti Rameli. Merupakan Penasihat II Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan merupakan salah seorang moderator GKLN Cawangan Amerika Syarikat.
Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Petroleum) dengan pengkhususan kedua dalam Ekonomi dan Perniagaan di Colorado School of Mines (Class of 2009).
Pernah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Berunsur Sejarah Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000. Cerpen-cerpen Rebecca Ilham pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia, majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Kosmik dan Sastera.net serta antologi cerpen terbitan GKLN: Jalan Jauh ke Ramallah dan Mengemis di Kota Larangan.
Kumpulan cerpen persendirian Rebecca, Kimono Ungu Bersulam Bunga, telah diterbitkan oleh Ameen Books pada bulan Mei 2010.Novel pertamanya, Bumi Lestari, memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2010.
Hazwani bertugas sebagai jurutera petroleum di ibu negara dan turut melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu).
0 komentar:
Post a Comment