Bersama hadiah tempat ketiga Pertandingan Ulas Buku ITNM di Kedai Buku Wisma ITNM, Wangsa Maju.Gambar ihsan ITNM
Niat menyertai Pertandingan Ulas Buku ITNM tahun 2011 hanyalah untuk mencabar diri sendiri. Tahun lalu saya menyertai dengan ulasan malas lagi tak semenggah yang tersingkir di peringkat awal, maka tahun ini memaksa diri berusaha menulis dengan lebih baik.
Saya hanya menulis entri ini ketika tarikh tutup pertandingan sudah hampir. Pada suatu malam hari bekerja, saya mengarahkan diri agar melangsaikan hasrat menukilkan sesuatu tentang buku ITNM sebelum tidur. Ada dua buah buku terbitan ITNM yang dibeli semasa pesta buku (koleksi puisi Goethe dan terjemahan 1515 dalam Bahasa Inggeris), tetapi saya tidak berminat untuk tergesa membaca kedua-duanya. Maka saya mengambil keputusan untuk mengulas Mawar Emas, koleksi karya sastera Rusia terjemahan Victor Pogadaev. Buku ini dibeli secara atas talian daripada laman ITNM ketika berjinak-jinak dengan karya-karya penulis Rusia lewat cuti Tahun Baru Cina yang lalu.
Apabila siap, saya pautkan entri berkenaan ke laman FB ITNM dengan sedikit makluman tentang penyertaan dalam pertandingan berkenaan. Ketika itu, saya pun tidak ingat apa hadiah yang ditawarkan. Malah, untuk menang langsung tidak menjadi keutamaan saya. Lagi pula, saya jarang menang apabila bertanding. Kali terakhir menang tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Berunsur Sejarah Peringkat Negeri Pulau Pinang ketiga berusia 15 tahun. Saya hanya mahu menguji kemampuan diri.
Oleh sebab itu, melainkan beberapa hari sebelumnya terlintas tentang keputusan pertandingan, saya terkejut apabila disenaraikan sebagai pemenang tempat ketiga Pertandingan Ulas Buku ITNM tahun 2011 pada 9 Jun lalu.
Alhamdulillah.
Berita ini adalah pendorong untuk terus membaca dan menulis (serta membeli buku-buku ITNM). Terima kasih kepada pihak penganjur yang menerbitkan bahan bacaan bermutu dan mengadakan inisiatif yang baik untuk memasarkan produk. Seperti ungkapan klise pemenang, tahun depan inshaallah mahu bertanding lagi! ;)
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





5 komentar:
Tahniah ya Becky. :)
daripada,
Cikgu Roslan.
Tahniah Becky! Hadiahnya berbaloi :)
Tahniah!
Tahniah! Saya memang gembira dan berterima kasih kerana Becky memilih untuk ulasan buku Mawar Emas susunan dan terjemahan saya
Dr. Victor Pogadaev
Dr Pogadaev, terima kasih kerana menterjemah dan menyusun sebuah buku yang bagus. Daya berbesar hati kerana berpeluang membacanya :)
Post a Comment