Jul 17, 2011

Anekdot Seorang Penyair Palsu dari Palembang I

1. Sewaktu hampir boarding di LCCT, SN Prof DR MHS menegur, "Ini anak Siti Zainon, ya?" Pertanyaan yang bukan pertama kali.

2. Sewaktu beratur panjang di Bandara Sultan Mahmud Badrudin, Ayahanda Dr Ahmad Razali menegur, "Kenapa Bonda tak datang?" Oh, sekali lagi!

3. Gelaran untuk gadis di Palembang adalah masayu.

4. Palembang masih hijau dan masih likat aura desa.

5. Di hotel, barulah mengetahui bahawa panitia menyangka saya lelaki dan meletakkan saya sekamar dengan peserta-peserta lelaki.

6. Sedang cuba online sewaktu menunggu panitia menyelesaikan hal kamar penginapan, SN Prof Dr MHS yang sudah membuka netbook bertanya, "sudah dapat kata laluan?" sambil menghulurkan kertas kecil bertulis kata laluan rangkaian internet tanpa talian di Hotel Swarna Dwipa.

7. Akhirnya berpeluang bertemu dan berbual dengan Pak Jasni Matlani, Yang Dipertua BAHASA dan penulis mapan dari Sabah. Beliau pernah mengutus emel menggalakkan saya menulis sewaktu saya masih di Amerika.

8. SN MHS menyarankan agar koran Kompas dibaca, paling tidak secara dalam talian.

9. Sumatera Selatan dikenali dengan singkatannya SumSel.

10. Majlis pelancaran PPN V diadakan di dewan mewah di Griya Agung, istana rasmi kediaman Governor SumSel, Bapak Haji Alex Noerdin.

11. Bapak Governor dalam ucapannya menyatakan beliau membuka pintu Griya Agung seluas-luasnya untuk diadakan acara-acara seumpama PPN V.

12. Persembahan seusai makan malam (yang turut menyajikan empek-empek dan kapal selam) antara lain menyaksikan anak-anak muda bergendang melagukan puisi, seorang penyair sufi menjadi lelaki bersayap syuhada dan Sutardji memekik "Pemuda, di mana telurmu?"

13. Delegasi PENA ber"bucu" dan ngopi di Warung Soerabi. Mungkin akan menjadi lokasi ngopi yang tetap sepanjang kembara di bumi Sriwijaya ini.

1 komentar:

Firdaus Ibnu Ariff said...

Oh, kamu dicop anak Siti Zainon. Saya pula dicop anak Pn. Ainon! Sedang nama ibu saya pula Zainun!