1. Seminar menampilkan empat pemakalah utama: SN Prof Dr MHS dari Malaysia, Bapak Taufiq Ismail dari Indonesia, Dr Zeffrey Arif dari Brunei dan Bapak Djamal Tukimin dari Singapura.
2. Untuk pembentangan pusingan pertama, saya dan Shahkang memilih untuk ke Kamar Mahameru. Cikgu Shamsudin Othman mengganti SN Dato' Dr Kemala membentang makalah tentang Roh dan Ideologi Puisi Malaysia Mutakhir.
3. Untuk pembentangan putaran kedua, delegasi PENA sepakat memberi sokongan kepada presiden, Dr Mohamad Saleeh Rahamad yang membentang makalah bertema Menghidupkan Semula Tradisi Kritikan Puisi. Turut membentang adalah Bapak Dr Budi Darma dan Bapak Maman S Mahayana. Peserta Indonesia lebih vokal dalam menyuarakan persoalan berbanding perwakilan negara-negara lain.
4. Seusai sesi pembentangan, delegasi PENA menyerang toko buku Gramedia di Palembang Square.
5. Kami singgah ke "bucu" terlebih dahulu sebaik pulang. Kesemua daripada kami dengan tidak sabar membuka bungkusan buku dan menandatangi buku masing-masing sementara menunggu minuman tiba.
6. Panitia menyediakan makan malam berupa hidangan bungkus daripada Bumbu Desa. Kami santap dengan duduk bersila dan berbumbungkan langit di laluan pejalan kaki berhampiran pinggir danau. Di situ juga acara Tarung Puisi dilangsungkan. Lokasi acara terbuka dan santai, disaksikan oleh khalayak awam yang berlibur di sekitar danau.
7. Sambil bertarung puisi, panitia menyediakan mee tek-tek dan bakso bikinan penjual warung dorong untuk dicuba para peserta.
8. Ketika membaca kad nama saya, kata Ayahanda Dr Ahmad Razali, "eh, kamu sudah jadi ahli PENA." Bila pula saya isi borang keahlian ni? ;)
PRAPROMOSI II
5 days ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment