1. Hari ketiga PPN V membawa para peserta ke 13 SMP, SMR, SMA dan universitas sekitar Palembang untuk acara Apresiasi Puisi dan Dialog Sastra. Saya sekumpulan dengan Che Wan (Ridzuan Harun), diberikan lokasi Dewan Kesenian Palembang. Tetapi bas kami masih kosong ketika bas lain hampir bertolak maka kami diajak En Saleeh menaiki bas kumpulannya. Saya dan Che Wan menyertai rombongan ke Universitas Perkumpulan Guru Republik Indonesia (PGRI).
2. Universitas PGRI terletak bahagian hulu Sungai Musi. Hotel terletak di hilir, maka bas menyeberangi Sungai Musi melalui Jambatan Ampera (Amanah Penderitaan Rakyat). Jambatan ini dibangunkan pada tahun 1962, siap dibina pada tahun 1965. Asalnya diberi nama Jambatan Bung Karno, jaraknya 1170 meter dan pernah menjadi jambatan terpanjang di Sumatera.
3. Tari tepak menjadi sambutan wajib kepada tetamu di majlis-majlis rasmi di Palembang. Tetamu yang diraikan akan diminta mengambil (dan memakan) sirih bersama kapur dan gambir.
4. Puisi seolah nadi masyarakat Indonesia. Acara apresiasi puisi mendapat sambutan hangat dan dialog sastra menyaksikan siswa-siswi universitas berebut-rebut mengajukan pertanyaan bernas.
5. Dari Universitas PGRI, kami dibawa ke Muzium Seni Sultan Mahmud Badarudin II untuk makan siang yang diiringi sesi baca puisi bebas. Azan Zuhur yang berkumandang mengajak kami menuju ke Masjid Agung yang terletak 5 minit berjalan kaki dari muzium. Dalam perjalanan pendek itu, kami melalui Monpera (Monumen Penderitaan Rakyat) yang merupakan arca kemerdekaan Palembang. Kami juga berpeluang merasai pengalaman melintas jalan enam lorong di Indonesia.
6. Seni bina Masjid Agung likat pengaruh seni bina Cina, membayangkan bauran budaya suatu masa dahulu. Barangkali kesan status kerajaan Sriwijaya selaku kerajaan maritim yang berada di laluan perdagangan antarabangsa.
7. Selepas makan siang, peserta PPN V dibawa melawati Perkampungan Sukan Jakabaring yang menempatkan Gelora Sriwijaya, lokasi pertarungan acara olahraga Sukan SEA ke 26 bulan November nanti. Kami juga dibawa ke Kampung Kapitan, kawasan penempatan pertama orang-orang Cina di Palembang, kira-kira 13 generasi yang lalu.
8. Di tokong Cina di Kampung Kapitan, saya berpeluang berbual (dalam dialek Kelantan) dengan Dr Nik Ahmad Rakib dari Prince of Songkhla University, Thailand. Apabila saya menyatakan hasrat mahu ke Patani, beliau memberi jaminan, "kalu nok gi, ghoyak ko sayo. Makan-minum, penginapan, percuma."
9. Panitia menyediakan pesta makan durian di tebing Sungai Musi.
10. Sepulang ke hotel, panitia menyediakan sebuah bas ke Bukit Siguntang atas permintaan delegasi PENA. Biar pun hanya 15 minit diberikan untuk menziarahi makam raja-raja Melayu, kami berpuas hati kerana dapat menjejak kaki ke makam leluhur bangsa Melayu ini. Menurut para liaison officer yang mengiringi, sememangnya pelawat dari Malaysia yang ke Palembang tidak pernah tidak meminta dibawakan ke Bukit Siguntang.
11. Shahkang menyerahkan senaskhah Juzuk kepada SN Prof Dr MHS. Prof MHS memuji penampilan Juzuk, dan menyatakan kegembiraannya dengan kewujudan organisasi seperti GKLN. Beliau turut menyarankan agar dibaca cerpen-cerpen tulisan pengarang-pengarang Amerika Latin.
12. Makan malam majlis penutup diadakan di sebuah restoran mewah di tebing Sungai Musi. Jambatan Ampera gemerlap ditata neon aneka warna pada malam hari.
13. PPN VI akan diadakan di Jambi. PPN VII pula di Singapura.
13. Liaison officer PPN V memang hebat!
Syair Ulasan Buku "Bijak Si Katak Bijak"
6 hours ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment