1. Delegasi PENA berpindah ke Hotel Wisata yang terletak di pusat bandar dengan dihantar oleh para LO dengan menaiki bas. Para LO juga turut menghantar, mengiringi kami ke Toko Buku Gramedia cabang utama yang hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.
2. Gagal menahan diri daripada membeli buku selepas kunjungan ke Gramedia di cabang lain kelmarin.
3. Makan siang di kedai nasi padang, tajaan Tuan Presiden PENA.
4. Selepas beristirehat, pada lewat tengah hari, Haji Shamsudin memimpin rombongan kecil ke Pasar 16 Ilir. Kami berjalan kaki merentas, menyusur jalan yang macet serta laluan pejalan kaki toko-toko kecil yang biasanya terdapat di pekan-pekan kecil di negara kita. Suasana jual-beli meriah kerana anak-anak akan kembali sekolah dibawa ibu bapa membeli-belah kelengkapan persekolahan.
5. Saya dan Hani Salwah sedang memilih warna kain batik pasang lalu ditinggalkan Haji Shamsudin, Rahimidin dan Shahkang yang duduk minum petang di tebing Sungai Musi.
6. Saya, Hani Salwah dan Shahkang ke International Mall, merasa murtabak gaya Palembang, dan sedikit terlewat untuk menonton filem Surat Kecil Untuk Tuhan di bioskop. Kami kemudiannya ke pasaraya Super Indo membeli sedikit keperluan, sambil sempat meneliti bahan-bahan runcit di Indonesia.
7. Sewaktu duduk-duduk berehat di lobi sebaik pulang, kami ditegur oleh seorang bapak orang tempatan. Beliau menyatakan bahawa di Palembang, majoriti penduduknya Muslim, dan ajaran Islam di sini paling menekankan aspek mengenal Tuhan.
8. Seperti biasa, delegasi Malaysia mendominasi lobi hotel malam ini. Kami mencicip buah salak, sambil berbual seputar sastera. Suatu suasana yang akan amat dirindui sepulang ke Malaysia.
Syair Ulasan Buku "Bijak Si Katak Bijak"
6 hours ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment