1. Selepas sarapan, kami ke Gramedia sekali lagi. Rombongan dipimpin oleh Haji Shamsudin. Seperti biasa, kami tidak pulang dengan tangan kosong. Secara keseluruhan, saya membelanjakan jumlah yang lebih kurang sama pada setiap kunjungan.
2. Sesudah makan tengah hari di restoran nasi padang, saya, Hani Salwah dan Shahkang berpisah haluan dengan Haji Shamsudin dan Rahimidin yang mahu ke kuliah Kiyai Zain Shukri di Masjid Agung. Kami bertiga menuju Ramayana, tetapi singgah terlebih dahulu di Palembang Indah Mall (PIM) mencari cakera padat filem dan muzik Indonesia serta toko buku.
3. Meninggalkan Ramayana, kami singgah ke sebuah restoran empek-empek untuk melepaskan dahaga dan hajat Shahkang yang begitu menggemari makanan tradisi serta identiti Palembang itu. Selain teh botol Sosro, saya jatuh cinta dengan minuman jeruk panas.
4. Kami menyusur laluan pejalan kaki toko-toko kecil di jalan utama kota Palembang dan menemui paling kurang lima kedai buku. Sampai kedai ketiga, saya tidak mampu masuk lagi. Dengan ajaibnya saya mengisytiharkan kepada Hani Salwah, "kak, untuk hari ini, saya muak dengan kedai buku!"
5. Shahkang belum ke Masjid Agung, maka kami berhenti sebentar untuk berfoto dan menatap seni bina Masjid Agung yang unik sebelum melintas jalan raya enam lorong pada pascawaktu kantor ke Monpera. Sempat duduk melepas lemguh di luar pagar Masjid Agung, memerhati dan mengamati trafik yang macet serta ragam manusia yang pelbagai.
6. Dari Monpera, kami mendekati tebing Sungai Musi. Entah apa aura Sungai terpanjang di Pulau Sumatera itu, pusar anginnya seakan meniupkan suatu kepugaran ke dalam jiwa kami.
7. Kami ke Pasar 16 Ilir sekali lagi - masih ada bekal belanja yang berbaki maka saya dan Hani Salwah mendapatkan sepersalinan sari songket ketika kebanyakan toko sudah ditutup.
8. Sesi melepas haus kali akhir hari ini di Murtabak Har dalam perjalanan pulang ke hotel. Murtabak ini dimakan dengan kari kentang dan sambal kicap.
9. Malam terakhir di Palembang diisi dengan menonton filem indie Surat Kecil Untuk Tuhan di bioskop.
Syair Ulasan Buku "Bijak Si Katak Bijak"
6 hours ago
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





0 komentar:
Post a Comment