Buah Tangan Akhir Pak Arena

Pada Sayap Burung HelangPada Sayap Burung Helang by Arena Wati

My rating: 3 of 5 stars


Dalam antara buah tangan terakhir yang dikerjakan dalam keuzuran ini, Pak Arena membawa kita menelusri empayar dagang berasaskan maritim sebuah keluarga besar dari Nusantara di Malaya-Maksar-Amerika. Benarlah, untuk menguasai dunia, kita harus menguasai laut.



Pak Arena turut menjentik hal-hal politik sekitar tahun 1950-an di KL dan Selangor, pergolakan Jakarta (Jawa) dan Makassar (Sulawesi). Trademark beliau - perkahwinan campur dan perkahwinan politik di samping peranan adat turut kental dalam novel ini.



Argh, saya mahu ke Pantai Losari!



View all my reviews


Cerpen "Gadis dari Grozny" dalam Tunas Cipta Ogos 2011


Bayaran honorarium sudah diterima, namun majalahnya belum nampak bayang.

Namun alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana bulan Ogos ini, sebuah cerpen terbit di media; Gadis dari Grozny dalam majalah Tunas Cipta. Daripada tajuknya, barangkali pembaca dapat mengagak cerpen ini berkisar tentang konflik wilayah Islam Chechnya di Rusia.

Sebagai latar, idea asal cerpen ini tercetus lebih setahun yang lalu, iaitu pada bulan Mac 2010 ketika Rusia digegarkan dengan insiden letupan bom oleh pengebom berani mati di stesen keretapi dalam bandar di Moskow. Berita-berita tentang insiden itu mengingatkan saya kepada episod tebusan di sebuah panggung teater di Moskow dan di sebuah sekolah di Beslan beberapa tahun lalu. Saya terkenang, tentang konflik wilayah-wilayah Islam di Rusia yang berlanjutan sejak sekian lama, tetapi tidak terlalu saya pedulikan sebelum ini.

Keputusan untuk menulis sesuatu tentang konflik ini sebetulnya merupakan 'alasan' bagi saya sendiri menyelami dan lebih memahami tentang akar umbi pertelagahan antara Grozny (ibu kota Chechnya) dengan pentadbiran Rusia di Kremlin. Saya ingin lebih cakna, mengapa puak pemisah Islam dari Kaukasus Utara sanggup mencetus keganasan demi keganasan sehingga mengambing-hitamkan imej mereka di mata dunia.

Saya bertemu dengan fakta kekejaman Stalin menghalau penduduk Islam dari Chechnya dan sekitarnya ke Siberia pada musim sejuk yang beku, juga keengganan Moskow 'melepaskan' negeri-negeri Islam di wilayah Kaukasus Utara menjadi wilayah berautonomi kendiri. Saya juga menjumpai bahawa di Rusia, sejarah telah dipesongkan sehingga tiada tempat untuk warganegara Islam dalam tawarikhnya. Ya, sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang...

Saya menulis cerpen ini tidak sampai separuh pun pada tahun 2010. Draf perenggan pengenalannya sebetulnya tercetus ketika mengikut Bengkel Asas Penulisan Cerpen bersama Nisah Haron kelolaan Astaka Villa Aksara. Namun cerpen itu kemudiannya tersangkak penulisannya. Saya hanya menyambungnya semula pada bulan Mac 2011. Ya, selepas setahun!

Selamat membaca, dan semoga bermanfaat!

Kemi: Cinta Kebebasan Yang Tersesat

Kemi: Cinta Kebebasan yang TersesatKemi: Cinta Kebebasan yang Tersesat by Adian Husaini

My rating: 5 of 5 stars


Buku ini tidak cukup syarat sebagai sebuah novel sastera yang baik, tetapi adalah sebuah manual wacana balas terhadap faham liberalisme dan pluralisme agama dalam bentuk yang mudah. Ada teman mengatakan buku ini menepati "teori" Gagasan Persuratan Baru. Saya sangat menikmati wacana dalamnya, sehingga "terlupa" akan aspek-aspek sesebuah novel yang lain, maka secara peribadi, saya memberikannya 5 bintang.

Buku ini juga sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada novel Tuhan Manusia (Faisal Tehrani).



View all my reviews