Jan 19, 2012

Cerpen "Kerana Aku Seorang Perempuan" dalam Majalah Harmoni 15-31 Jan 2012



Alhamdulillah, cerpen "Kerana Aku Seorang Perempuan" disiarkan majalah Harmoni edisi 15 - 31 Jan 2012, sekaligus menjadikannya karya pertama di media tahun ini.

Cerpen ini saya tulis lama dulu, barangkali empat, lima tahun lepas. Ketika itu saya feminis mentah, dan banyak perkara yang saya persoalkan. Namun secara dasarnya, prinsip saya terhadap kedudukan wanita ketika itu tentunya berpandukan Islam.

Cerpen ini pendek dan ringkas - saya pun tidak ingat lagi di mana mula-mula karya ini ditulis. Tetapi jika tidak salah titik akhirnya di Mines Park, tempat tinggal saya selama tiga tahun pertama di Amerika. Latarnya sengaja dikaburkan, kerana saya kira persoalan seperti ini merentas latar tempat, waktu dan warna kulit.

Selamat membaca, semoga cerpen kerdil ini bermanfaat.

1 komentar:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah saudari Rebeca Ilham.