Benarkah seseorang pengarang itu bisa menyembunyikan dirinya yang sebenar daripada terpamer dalam karya-karyanya?
Jika ya, apakah takrif kejujuran dalam berkarya?
Jika ya, apakah takrif kejujuran dalam berkarya?
Saya tidak tahu sama ada mahu kecewa atau berlapang dada, apabila sikap bipolar pengarang dekat dan jauh semakin jelas pada pandangan dan pengetahuan saya. Argh, saya fikir saya juga pernah (atau masih?) begitu. Saya terkesan kerana ada pengarang yang kepura-puraannya jelas melalui makalah, tulisan di blog mahu pun karya-karya sasteranya sendiri.
Tetapi saya juga keliru - mengapa harus yang dicakapkan lain, yang ditulis dan dipersembahkan atas nama pengarang pula lain? Tidakkah pengarang yang baik asalnya insan yang baik. Dan insan yang baik, pada saya, haruslah seorang manusia yang jujur.
Tetapi saya juga keliru - mengapa harus yang dicakapkan lain, yang ditulis dan dipersembahkan atas nama pengarang pula lain? Tidakkah pengarang yang baik asalnya insan yang baik. Dan insan yang baik, pada saya, haruslah seorang manusia yang jujur.
Saya mendengar rakaman podcast In Our Time terbitan Radio 4 BBC tentang penyair-penyair Inggeris aliran Romantis tempoh hari. Tertarik dengan Percy Bysshe Shelley dan kebetulan beberapa hari kemudian membelek buku Intellectuals (Paul Johnson) di rak, lantas memutuskan untuk membaca bab tentang penyair berketurunan aristokrat itu.
Shelley penyair bipolar.
Shelley penyair bipolar.
Dia mementingkan diri sendiri, tetapi melalui puisi-puisinya serta pegangan politiknya, menyeru tentang kesamarataan dan kebebasan, tentang keadilan dan cinta. Namun, apabila sesuatu perkara tidak menyebelahinya, dia tidak bertangguh melampias amarah tanpa memikirkan perasaan, atau situasi orang lain.
Argh.
Kesannya, saya meragui keikhlasan Shelley tatkala bertemu puisi Love's Philosophy dalam kompilasi puisi pilihan Caroline Kennedy (She Walks in Beauty), terutamanya baris-baris berikut:
Nothing in the world is single;
All things by a law divine
In another's being mingle--
Why not I with thine?
Jika kita tahu tentang tabiat hidung belang Shelley, kita tahu puisi ini barangkali bukan sahaja diinspirasikan bekas isterinya Harriet, tetapi juga isterinya yang kedua Mary Shelley (si penulis Frankenstein itu), tetapi juga Claire Clairmont dan ramai lagi.
Oh, semoga kita, yang tidak menghadapi masalah seperti Shelley dan pengarang-pengarang yang lain tradisi sasteranya, tidak begitu!
















![1511H [KOMBAT]](http://photo.goodreads.com/books/1230225696s/2221542.jpg)





1 komentar:
Sdr: Kalau kita pernah kerja dengan atau di intitusi rawatan jiwa, kita memang sedikit cepat lebih mengerti perangai penulis, lebih-lebih lagi yang dianggap penulis hebat dan kawakan.
Biasalah. Yang bipolar ada di mana-mana. Di politik juga banyak. Malah di agama juga.
Tentu tahu juga dengan yang grandeur kan?
Sekadar reaksi ringkas dan semoga sama memberikan pencerahan buat kita sebagai sesama pengarang.
Wassalam,
MARSLI N.O
Post a Comment